Apabila terlibat dengan Kemalangan Jalan Raya
Dapatkan butir-butir penting daripada pihak yg terlibat di dalam kemalangan tersebut seperti;
- Maklumat kenderaan seperti nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit, tahun dibuat dan model kenderaan.
- Maklumat pemandu terlibat seperti nama, alamat, nombor telefon pejabat, nombor kad pengenalan, nombor lesen memandu dan alamat kediamannya.
- Nama pihak insurans yang mewakili mereka
Jika tidak terdapat pegawai polis yang bertugas di tempat kemalangan, buat laporan polis tentang kemalangan tersebut dalam tempoh 24 jam kemalangan berlaku di balai polis yang berhampiran. Jelaskan keadaan kemalangan berlaku dan menulis laporan polis menggunakan bahasa melayu. Jika anda tidak fasih dan tidak mahir menulis di dalam bahasa melayu, seorang pegawai polis akan membantu anda menulis laporan tersebut. Setelah selesai, anda akan diminta menurunkan tandatangan di bahagian bawah laporan tersebut. Simpan satu salinan laporan polis yang telah disahkan benar.
Baca polisi insurans anda dengan berhati-hati dan laporkan kemalangan yang berlaku kepada pihak insurans secepat mungkin atau dalam tempoh yang telah ditetapkan di dalam polisi insurans tersebut. Jumlah tuntutan yang difailkan mestilah tidak melebihi jumlah yang telah ditetapkan di dalam klausa tuntutan. Pihak insurans hanya akan membayar perbezaan antara jumlah tuntutan dan jumlah yang telah ditetapkan.
Pastikan kenderaan diselenggarakan oleh pihak bengkel yang bertanggungjawab. Kerosakan yang dialami oleh kenderaan akan dinilai oleh seorang penilai dari pihak insurans. Jika kemalangan disebabkan oleh pihak lain, anda harus menghubungi pihak insurans yang mewakilinya. Pastikan sama ada polisi insurans yang melindungi pemandu tersebut masih sah dan sama ada nombor tuntuan pampasan telah ditetapkan. Hubungi secara bertulis pihak insurans yang mewakili pemandu tersebut, menyatakan anda telah terlibat di dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntuan terhadapnya. Seorang penilai akan menghubungi anda dan menawarkan untuk menyelesaikan tuntutan khidmat kerosakan kenderaan dan kecederaan peribadi anda. Anda mungkin memerlukan khidmat peguam jika pihak insurans terbabit menolak tuntutan anda.