Rim Tayar Kereta Hebat, Keselamatan Perlu Dijaga
Bagi kebanyakan anak muda yang memiliki kereta, bagaikan tidak lengkap kereta mereka juga tidak dipasang dengan
rim sport kerana dengan adanya
rim sport, pemilik akan berbangga walaupun memandu kereta kecil.
Dalam keghairahan mencantikkan kereta, beberapa faktor perlu diambil kira seperti harga sport rim, kualiti dan penjagaannya. Ini kerana ada antara tayar yang digunakan tidak bersesuaian dengan sport rim dan ianya pasti merugikan.
Untuk itu, sebelum membeli sport rim, pengguna mestilah bertanya dengan mekanik, rim yang benar2 sesuai untuk kereta mereka. Antara kelebihan menggunakan sport rim ialah ia mampu memantapkan kenderaan terutamanya ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.
Pemasangan sport rim juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang. Bagi pengguna yang membeli sport rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang.
Menggunakan rim yang bengkok boleh menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak boleh mengakibatkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol. Sport rim yang berat pula akan mengurangkan daya pecutan, sekaligus menambah penggunaaan petrol.
Ketika membeli sport rim, pengguna harus boleh untuk menganggar ukuran antara rim yang perlu dibeli dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim. Dengan kedudukan tayar lurus, ukur ketinggian sehingga ke tahap maksimum antara tanah dengan ruang tayar. Selepas itu, pusing tayar untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu dengan memerhatikan jurangnya dengan penyerap hentak dan spring.
Letakkan penual pada sebelah tayar untuk memastikan sejauh mana tayar boleh jatuh. Di samping itu, pastikan juga lubang skru pada rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih dariapda 4 skru.