(sambungan minggu lalu)

Langkah-langkah Pencegahan Jenayah Rogol
- Elakkan dari melalui jalan-jalan di bahagian belakang atau kawasan-kawasan yang terpencil atau sunyi. Jika keadaan memaksa, pastikan anda memakai kasut yang sesuai, yang memudahkan anda melarikan diri.
- Semasa di rumah, jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, pastikan pengenalan diri tetamu terlebih dahulu. Sentiasa bercakap dipisahkan antara pintu pagar atau gril berkunci. Hubungi orang terdekat untuk kepastian dan memberi maklumat. Jangan sesekali membuka pintu kepada sesiapa pun.
- Jika mereka mengaku sebagai pihak berkuasa, minta mereka tunjukkan kad kuasa, dapatkan nombor telefon pejabat mereka untuk membuat pengesahan. Jangan berikan kebenaran untuk masuk jika anda seorang diri. Jika masih lagi meragukan dan mereka berkeras untuk masuk, minta mereka tunggu, sementara anda dapatkan orang lain untuk datang. Jika benar mereka pihak berkuasa, mereka akan menunggu sementara anda telefon dan mendapatkan orang lain supaya datang ke rumah untuk menemankan anda.
- Dapatkan pengawai wanita dan anda perlu tegas tentang perlunya ada pegawai wanita turut serta untuk masuk ke rumah. Sekali lagi, minta mereka nombor hubungan pejabat dan anda telefon sendiri untuk memastikan kebenarannya. Jika tiada pihak polis mengiringi mereka, tanya mengapa dan jika perlu anda berhubung dengan balai polis terdekat untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting untuk mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.
- Pastikan rumah dimangga kunci sentiasa walaupun anda mungkin ingin keluar sebentar. Jangan lalai. Pastikan juga anda tahu di mana kunci berada dan pastikan ia di tempat yang tidak mudah dicapai dari luar. Periksa rumah untuk sebarang ruang yang boleh dipanjat masuk.
0 comments:
Post a Comment