skip to main |
skip to sidebar
Langkah2 yang perlu diambil apabila kita terperangkap di dalam lif
- Bertenang dan beristighfar. Jangan lekas panik dan membuat tindakan yang kurang wajar
- Cuba hubungi sesiapa sahaja dengan telefon bimbit anda untuk memaklumkan perkara tersebut. Tidak salah mencuba.
- Tekan loceng kecemasan.
- Tekan interkom yang menghubungkan terus kepada pegawai keselamatan.
- Sabar dan tunggu bantuan tiba.
- Jangan sesekali cuba untuk membuka pintu lif atau memanjat ke bahagian atas lif.
Langkah2 yang perlu anda ambil jika anda berada di luar lif- Cuba tenangkan mangsa yang terperangkap.
- Hubungi segera pihak berkuasa dan terus memastikan mangsa terus tenang.
- Jangan sesekali cuba membuka pintu lif sekiranya lif anda terhenti di antara dua aras lantai.
- Penghuni tidak harus menghubungi talian hotline atau polis kecuali terdapat keadaan yang mengancam nyawa atau terdapat keperluan bagi khidmat ambulans kecemasan.
- Tanya sekiranya ada sesiapa di dalam lif mengalami masalah seperti sesak nafas dan lain-lain.
- Jangan lupa bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih kepada mereka yang membantu.
0 comments:
Post a Comment