skip to main |
skip to sidebar
Cara Mengesan Kerosakan Sistem Brek
- Takungan silinder utama hendaklah diperiksa untuk memastikan tahap bendalir dalam takungan maksimum atau minimum yang terdapat di takungan tersebut. Jika bendalir di bawah tahap minimum, berkemungkinan kehausan brek padatau brek shoes menipis.
- Jika tahap bendalir di dalam takungan silinder utama di bawah tahap minimum, periksa pedal brek untuk kebasahan. Sekiranya terdapat kebasahan, ini bermakna silinder utama telah bocor.
- Kebocoran yang kerap berlaku ialah wheel cylinder yang terdapat pada keempat2 tayar haruslah diperiksa serta memastikan jika ada kebasahan pada rim tayar.
- Tekanan yang sedikit pada pedal menghasilkan tekanan yang tinggi pada sistem paip. Cat kenderaan akan mengelupas kerana bendalir brek yang digunakan dan ini juga menunjukkan kebocoran sistem paip.
- Salah satu unit yang membantu mengurangkan tekanan pedal brek adalah servo. Pedal brek hendaklah ditekan sebelum enjin dihidupkan demi memastikan servo berada dalam keadaan baik. Anda akan merasa keras sewaktu menekan pedal brek tersebut, hidupkan kenderaan anda. Jika brek turun dengan perlahan2, ini bermakna sistem vakum di dalam servo berfungsi dengan baik. Jika berlaku sebaliknya, ini berkemungkinan paip vakum tersumbat atau servo bermasalah.
- Panel amaran hendaklah selalu diperhatikan, sekiranya terdapat tanda amaran ABS atau tanda P atau tanda (!) untuk sistem brek anda, ini bermakna anda perlu berjaga2 dalam meastikan sistem brek berfungsi dengan baik.
0 comments:
Post a Comment