Monday, June 28, 2010

Rabu - 7 Julai 2010

Bantuan Kecemasan Kepada Wanita Hamil yg Kemalangan
  • Keluarkan mangsa dari dalam kereta dan terus tempatkan mereka di tempat yg selesa dan lapang. Posisikan mangsa dalam keadaan bersandar dan cuba elakkan daripada dikerumuni orang ramai kerana ini akan menambahkan tekanan kepada mangsa dan bayi.
  • Periksa jika terdapat buku rekod kesihatan kandungan mangsa bagi mengenalpasti usia kandungan mangsa bertujuan menyenangkan proses bantuan kecemasan yg seterusnya.
  • Tenangkan mangsa dan periksa anggota tubuh badan mangsa yg mengalami kecederaan serius dan ringan. Utamakan pada anggota badan mangsa yg mengalami kecederaan serius dan berikan rawatan segera. Pegang perut mangsa perlahan2 untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan stabil.
  • Jika mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, keluarkan mangsa dan periksa denyutan nadi, jantung dan pernafasan mangsa bagi memastikan mangsa masih lagi bernyawa. Pastikan mangsa berada dalam keadaan stabil sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

0 comments:

Post a Comment