Risiko kemalangan jalan raya boleh dikurangkan sekiranya pengguna mengambil berat ciri2 keselamatan alternatif yg terdapat pada kenderaan mereka. Apabila terjadi kemalangan, kecederaan parah dapat dielakkan jika produk keselamatan dalam kenderaan digunakan sebaik2nya.Beg udara merupakan 1 sistem keselamatan kereta alternatif yg berfungsi sebagai alat sokongan keselamatan tambahan dan menjadi pelindung kepada pemandu daripada mengalami kecederaan yg serius kesan hentakan kuat semasa berlakunya kemalangan.
Juga dikenali dengan nama Sistem Sekatan Kusyen Udara (ACRS), Sistem Sekatan Tambahan (SRS) dan Sekatan Tambahan Boleh Kembung (SIR), ia mempunyai 3 komponen utama iaitu beg udara, penderia dan sistem pengembungan beg udara.
Beg udara diperbuat daripada fabrik nilon yg nipis dan dilipat ke dalam stereng atau papan pemuka. Terkini, terdapat juga beg udara pada pintu atau tempat duduk sebagai ciri2 keselamatan tambahan untuk mengelak dari kecederaan yg serius sekiranya kenderaan dilanggar dari arah sisi.
Penderia merupakan alat yg memberitahu beg udara supaya mengembung. Pengembungan terjadi apabila terdapat perlanggaran atau hentakan yg kuat contohnya merempuh tembok bata pada kelajuan 16 hingga 24 km/j.
Jika ini terjadi, suis mekanikal terpelantik dan memberitahu penderia bahawa perlanggaran telah berlaku. Penderia menerima maklumat daripada meter pecut (accelerometer) yg dibina dalam bentuk cip mikro.
Sistem pengembungan beg udara adalah tindak balas yg berlaku apabila beg udara ini mengembung keluar dari tempat simpanannya pada kelajuan 322 kph iaitu lebih pantas berbanding kerdipan mata.
Selepas beberapa saat, gas tersebut hilang dan dikeluarkan melalui lubang kecil di dalamnya, sekaligus mengecutkan kembali beg udara supaya penumpang boleh bergerak & mengambil masa 5 hingga 10 saat.
Oleh itu, pemandu dinasihatkan supaya menjarakkan diri dengan sterang agar kebarangkalian untuk menghentam stereng lebih rendah jika berlaku pelanggaran. Selain itu, beg udara mengandungi kanji jagung atau bedak talkum. Ini menjadikan ia lembut dan mudah lentur serta-merta dan mengurangkan kecederaan yg serius.
0 comments:
Post a Comment