Thursday, September 30, 2010

Rabu - 6 Oktober 2010

Tips Mengelakkan Daripada Diragut

  • Jangan berasak2 apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yg sesak.
  • Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yg anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda berasa curiga, keluar dari lif dengan segera.
  • Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta api. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut.
  • Jangan biarkan orang yg tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
  • Jangan simpan duit di 1 kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yg berasingan.

0 comments:

Post a Comment