
Teknik untuk mengeringkan brek dan mengujinya selepas dibasahi air ;
- Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
- Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
- Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek.
- Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj. Lakukan berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter.
- Jika brek gagal berfungsi, ulangi kembali proses yg telah dinyatakan tadi. Selepas itu, uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.
0 comments:
Post a Comment