Tuesday, May 31, 2011

Rabu - 22 Jun 2011

Kenali Penipuan "Scam"Scam ialah penipuan yg dilakukan oleh mereka yg suka menyorokkan identiti mereka. Formula mengelak penipuan "Scam" ialah "NO SCAM".

N = Name (Nama)
Pastikan anda ketahui nama sebenar dan maklumat peribadi siapakah yg mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O = Over Promise (Janji yg berlebihan)
Pelaburan atau peluang yg menjana pendapatan yg diberikan adakah ianya over promising atau janji yg berlebihan dan tak masuk akal, kebanyakan scam akan menipu mangsa dengan membuat janji2 manis berlebihan.

S = Search (Cari)
Anda perlu membuat carian. Cara mudah ialah menggunakan enjin carian di dalam internet seperti Google.com. dan lakukan carian dgn cara menaip nama pemilik program tersebut.

C = Contact (Hubungi)
Pastikan maklumat lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara menghubungi dan lain2. Jika ada, cuba hubungi terus untuk memastikan kewujudannya.

A = Ask (Tanya)
Tanya orang ramai, kenalan dan pakar2 industri. Jangan hanya tanya kenalan yg mempromosikan sesuatu program tersebut kerana mungkin mereka juga tertipu dengan scam. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program.

M = Make Sure (Pastikan)
Pastikan anda melakukan kesemua yg telah dinyatakan tadi, ulang kembali langkah NO SCAM sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda.

0 comments:

Post a Comment