Monday, June 29, 2009

Rabu - 8 Julai 2009

Cegah Jenayah Rogol
(sambungan minggu lalu)
Langkah-langkah pencegahan jenayah rogol
  • Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.
  • Apabila menggunakan mengangkutan awam, pastikan yang penumpang wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang dinaiki terutama teksi atau SMS maklumat tersebut kepada kenalan terdekat. Pastikan anda sekurang-kurangnya mengenali jalan yang digunakan untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.
  • Telefon atau SMS sesiapa saja yang anda ingini semasa dalam perjalanan setiap 15 minit atau jangka masa yang sesuai atau sekurang-kkurangnya memastikan telefon bimbit anda sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, SMS dan signal telefon bimbit anda, ada catatan di pusat utama operator telefon bimbit anda.
  • Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan tersebut. Jika anda diekori, lari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telefon bimbit.
  • Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau dicurigai.
  • Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang kamera litar tertutup atau CCTV di dalam lif dan tempat-tempat yang tersembunyi.

0 comments:

Post a Comment