Monday, July 18, 2011

Rabu - 27 Julai 2011

Panduan Untuk Mengelak Kehadiran Toksin Dalam Makanan

Kes keracunan makanan dilaporkan berpunca daripada kehadiran toksin dalam makanan. Keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda2nya termasuklah rasa mual, muntah, cirit-birit, pening2 serta gangguan perut. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kekurangan air dalam badan dan apabila terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara;
  • Peti sejuk mestilah kurang daripada 4­°C atau 0°C untuk peti dingin beku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yg disimpan mestilah dalam bekas yg ditutup atau dibungkus.
  • Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikanmakanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
  • Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.

Tips berikutnya akan dapat anda ikuti minggu hadapan.

0 comments:

Post a Comment