Monday, August 8, 2011

Rabu - 10 Ogos 2011

Penghawa Dingin Kenderaan Kotor Undang Penyakit


Penghawa dingin kenderaan juga perlu diselenggara mengikut jadual berdasarkan spesifikasi kenderaan yg telah ditetapkan oleh pengilang seperti yg dilakukan pada enjin dan komponen kenderaan yg lain.

Ini untuk memastikan keselesaan dan kesihatan penumpang dan menjamin kesempurnaannya beroperasi dengan baik dan lancar tanpa mendatangkan sebarang masalah kepada pemilik kenderaan.

Penghawa dingin yg kotor akan menghasilkan habuk serta bakteria tidak sihat dan keadaan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan pemandu dan penumpang terutamanya golongan yg menghidap penyakit asma serta kanak2 dan warga tua.

Ia juga boleh menyebabkan kerengsangan pada kulit. Berada terlalu lama di dalam kenderaan yg kotor disebabkan penyebaran habuk melalui sistem penghawa dingin mengundang penyakit seperti selsema terutamanya di kalangan pesakit resdung.

0 comments:

Post a Comment