skip to main |
skip to sidebar
Elakkan Kemalangan Jalan Raya
- Gunakan lorong laluan dengan betul - Lorong paling kanan bukanlah tempat memandu dengan perlahan. Jika anda mahu melakukan cara ini, lakukanlah di lorong kiri. Pandulah mengikut had laju dan sentiasa lihat di belakang sama ada anda telah menghalang kereta lain bergerak dengan lancar.
- Sedar had laju - Pemandu yang baik sentiasa berhati2 dan sedar tentang had laju dan makna setiap tanda yang terdapat di tepi2 jalan. Pemandu yang berhemah tidak sesekali mencelah sesuka hati ataupun memecut ketika permulaan atau pengakhiran isyarat lampu merah sedang menyala. Pemandu berhemah juga menurunkan lampu besarnya sebaik sahaja melihat kereta lain muncul dari arah bertentangan.
- Gunakan lampu amaran dan isyarat - Tujuan pengeluar kenderaan meletakkan setiap lampu amaran dan lampu isyarat di kereta adalah bagi memudahkan keselamatan setiap pengguna kenderaan. Penggunaan lampu amaran dan isyarat mampu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan sesekali bertukar lorong tanpa memberikan sebarang isyarat kerana cara ini amat berbahaya dan mampu menyebabakan kemalangan tanpa diduga.
- Bertukar2 maklumat jika terlibat dalam kemalangan - Apabila pemandu berhemah tercalar atau terlanggar kereta lain terutamanya tanpa disedari oleh pemandu kereta itu, dia akan memberikan nota yang siap dengan nama, nombor telefon dan nama syarikat insurans kereta. Jika pada kejadian itu berlaku, tuan punya kereta itu berada di tempat kejadian, pemandu yang berhemah ini akan bertukar2 maklumat insurans dan menghubungi pihak berkuasa sebaik sahaja kejadian berlaku.
- Gunakan setiap cermin sebaik mungkin - Terdapat sebab mengapa cermin diletakkan di depan dan di kiri kanan kereta anda. Bersikap sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Cermin2 ini amat berguna apabila anda mahu bertukar lorong, memperlahankan kenderaan atau mahu membelok kenderaan. Terdapat juga sebab mengapa anda perlu menggunakan cermin. Ia dapat membantu anda daripada berpaling ke belakang secara sepenuhnya sehingga hilang tumpuan terhadap apa yang berlaku di hadapan.
- Bertimbang rasa terhadap orang lain - Sikap hormat menghormati orang lain adalah amat penting untuk memandu dalam keadaan selamat. Pemandu yang bersopan selalunya mempertimbangkan bagaimana tindakkannya akan memberi kesan kepada orang lain yang berada di sekelilingnya.
- Elakkan gangguan - Nasihat ini amat berguna pada mereka yang suka melakukan semua kerja dalam satu masa. Contohnya, ketika sedang memandu, masa itulah juga dia akan menggunakan telefon bimbit, membetulkan solekan muka, makan, membaca dan sebagainya. Sebaik sahaja menaiki kereta, fokuskan tujuan pandangan anda pada jalan raya.
- Jangan menyibuk - Jika sewaktu memandu telah berlakunya satu kemalangan di jalan yang sedang anda lalui, janganlah bersikap penyibuk. Memang tak dapat dinafikan bahawa dalam diri manusia akan terdapat sikap ingin tahu terutamanya apabila melihat kereta yang remuk mahupun darah yang mengalir di jalan raya. Buangkan sikap tersebut kerana jika anda melakukanyannya, ia akan menyebabkan jalan menjadi sesak. Biarkan pihak yang berkaitan sahaja melakukannya.
0 comments:
Post a Comment