Persediaan Membawa Anak Bercuti
- · Kenal pasti destinasi – Kenal pasti faktor yang mungkin boleh mencetuskan alahan kepada anak dan elakkan daripada menjadikan persekitaran sebegitu sebagai tempat percutian. Usahlah membawa anak anda bercuti di tempat yang ada wabak penyakit berjangkit. Daya tahan tubuhnya yang tidak sekuat orang dewasa menyebabkan dia mudah dijangkiti penyakit tersebut. Jika luar negara menjadi pilihan anda, sebaik-baiknya bawalah anak anda menjalani pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum bertolak.
- · Aktiviti percutian – Percutian tentu hambar tanpa aktiviti2 menarik. Pastikan setiap aktiviti yang dilakukan bersesuaian dengan usia dan keupayaan anak anda. Jika melibatkan kegiatan luar, sapukan losyen dan memakaikannya topi.
- · Berbual dengan si kecil – Jika usia anak anda melewati 5 tahun, ajaklah dia berbual secara santai sehari sebelum pergi bercuti. Jelaskan kepadanya bentuk percutian yang bakal ditempuhinya meliputi lokasi dan aktiviti sepanjang tempoh tersebut.
- · Pakaian bersesuaian – Pastikan anda mengetahui keadaan persekitaran, suhu dan cuaca tempat yang hendak dituju selain aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang tempoh bercuti. Pakaian yang bersesuaian mampu memberikan keselesaan kepada anak selain turut melindungi kesihatan dan keselamatan tubuhnya.
- · Beg galas – Pastikan anda telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan oleh anak terlebih dahulu seperti lampin pakai buang dan tisu basah. Masukkanlah kesemuanya ke dalam beg galas agar anda mudah membawanya ke mana2.
- · Ubat & rekod perubatan – Pastikan semuanya berada dalam keadaan sihat sebelum pergi cuti. Jika anak anda menghidap penyakit tertentu yang perlu sentiasa bergantung pada ubat-ubatan, pastikan anda meminta nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jangan lupa membawa ubat dan rekod perubatannya bersama ketika bercuti.
- · Tempat duduk bayi – Pastikan anda tidak memangku bayi sepanjang tempoh perjalanan. Letakkan dia di tempat duduk khas.
0 comments:
Post a Comment