Thursday, October 15, 2009

Rabu - 28 Oktober 2009

Tips Mengelakkan Kenderaan DicuriAntara faktor yang menyebabkan kenderaan dicuri adalah kadang kala pengguna lupa menguncikan kenderaan masing2, tiada kunci tambahan dan sebagainya. Pemasangan kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac boleh melengahkan usaha pencuri yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Perbuatan meletakkan kereta di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam perlu dielakkan bagi menghindari kenderaan daripada dicuri. Pengguna perlu mengelakkan daripada meninggalkan barang berharga seperti laptop dan kamera di dalam kenderaan. Jika terpaksa, tanggalkan bateri peralatan itu atau sorokkan dari pandangan luar.

Pemasangan alat penggera yang baik juga mampu mengelakkan kenderaan daripada dicuri. Pastikan anda berhati2 supaya kunci kereta tidak disalin semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis atau dicuci.

Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta. Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta (sandblasting) adalah salah satu kaedah untuk mengesan kenderaan yang dicuri.

Bagi motorsikal pula, pastikan ia dikunci sebaik ditinggalkan. Letakkan di tempat mudah dilihat pada waktu malam. Rantai atau kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motorsikal dicuri. Pasangkan alat penggera kecurian motorsikal dan ukir nombor pendaftaran motorsikal pada bahagian yang jelas dilihat.

0 comments:

Post a Comment