Ramai yang memandang remeh tentang peralatan menukar tayar yang tersedia di dalam kenderaan terutama ketika mereka menggunaka cecair pengelak kebocoran tayar yang ada dijual di pasaran. Ada yang menganggap cecair itu sudah memadai untuk masa kecemasan. Tapi sebenarnya tidak.Kit penukaran tayar kecemasan beserta tayar gantian merupakan perkara asas yang amat penting untuk sentiasa diberi perhatian. Selalu pastikan tekanan tayar ganti berada pad atahap yang sepatutnya. Kit menukar tayar juga perlu selalu diperiksa agar ia berfungsi dengan sempurna. Ini kerana cecair yang dimasukkan ke dalam tiub dan tayar hanya berfungsi sementara sahaja, bukan untuk digunakan untuk jangka panjang.
0 comments:
Post a Comment