Kulit melecur berkait dengan kerosakan pada tisu2 disebabkan oleh terbakar. Ia boleh jadi terbakar secara terus pada haba yang kuat. Mengenali tahap2 kulit melecur dan pengetahuan asas untuk merawatnya boleh mengurangkan kecederaan dan kematian.3 kategori melecur;
- Tahap 1 - dirujuk sebagai lecur tahap 1 yang mana kesan lecurnya berada pada paras epidermis. Ia dikenalpasti melalui haba, kesakitan, kelembapan dan kemerahan pada permukaan kulit yang melecur tetapi tidak banyak menunjukkan kesan tisu terbakar. Lazimnya ia akan sembuh dalam 3 hingga 7 hari dan jarang meninggalkan parut. Contoh, terdedah pada sinaran matahari dan air panas.
- Tahap 2 - Biasanya berada dalam keadaan yang lembap, kemerahan dan mudah berair. Ia memerlukan tempoh penyembuhan antara 10 hingga 21 hari, tetapi akan menyebabkan perubahan pada warna kulit dan pigmentasi. Kulit melecur tahap ke2 yang dalam boleh menyebabkan kulit menjadi keputihan dan perlu melalui proses debridement dan rawatan pencantuman kulit tambahan.
- Tahap 3 - Ia akan memusnahkan semua epidermis dan lapisan dermis kulit. Kerosakan tisu kulit berlanjutan sehingga ke folikel rambut dan kelenjar peluh sehinggalah tisu lemak. Pada tahap ini, kulit akan rentung, mengeras dan ada kalanya mempengaruhi keadaan tisu2 lain di sekitarnya. Kulit boleh berubah warna menjadi merah, putih atau coklat tetapi ia tidak melepuh. Lecur ini juga boleh menyebabkan pembengkakan yang besar. Namun, ia tidak mengundang rasa sakit kerana kecederaannya telah memusnahkan hujung saraf. Pencantuman kulit atau rawatan2 pilihan lain adalah diperlukan.
Langkah pertama yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan risiko melecur adalah menghentikan proses kelecurannya. Sebarang kain atau pakaian yang melekat pada kulit yang melecur perlu ditanggalkan dengan berhati2. Selepas itu, kawasan kulit yang melecur perlu dibasahkan dengan air sejuk dan biarkan ia sehingga bantuan perubatan tiba.
Pastikan juga barang kemas dan aksesori yang dipakai ditanggalkan segera dan elakkan daripada mengopek kulit yang mula mengelupas.
Pastikan juga barang kemas dan aksesori yang dipakai ditanggalkan segera dan elakkan daripada mengopek kulit yang mula mengelupas.
0 comments:
Post a Comment