Monday, November 30, 2009

Rabu - 16 Disember 2009

Tips Penjagaan Tayar Kereta
  • Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan sport rim bersaiz 14 inci. Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak (absorber) dan meningkatkan penggunaan petrol.
  • Jika sudah memilih tayar yang bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Jika diperhatikan betul2 terdapat rangkaian nombor yang dicetak tenggelam di permukaan tepi tayar. Ini memberikan maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas dikilangkan. Pastikan anda membelek tarikh tayar dikilang.
  • Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50% dari kelebaran 205mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km per jam tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
  • Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim.
  • Tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk 4 tayar bersaiz sama)
  • Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar sahaja, keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.

0 comments:

Post a Comment