Monday, June 29, 2009

Rabu - 8 Julai 2009

Cegah Jenayah Rogol
(sambungan minggu lalu)
Langkah-langkah pencegahan jenayah rogol
  • Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.
  • Apabila menggunakan mengangkutan awam, pastikan yang penumpang wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang dinaiki terutama teksi atau SMS maklumat tersebut kepada kenalan terdekat. Pastikan anda sekurang-kurangnya mengenali jalan yang digunakan untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.
  • Telefon atau SMS sesiapa saja yang anda ingini semasa dalam perjalanan setiap 15 minit atau jangka masa yang sesuai atau sekurang-kkurangnya memastikan telefon bimbit anda sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, SMS dan signal telefon bimbit anda, ada catatan di pusat utama operator telefon bimbit anda.
  • Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan tersebut. Jika anda diekori, lari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telefon bimbit.
  • Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau dicurigai.
  • Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang kamera litar tertutup atau CCTV di dalam lif dan tempat-tempat yang tersembunyi.

Wednesday, June 24, 2009

Rabu - 1 Julai 2009

Cegah Jenayah Rogol
Jenayah rogol boleh dicegah sekiranya wanita mengambil langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing. Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang pencabulan atau rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

Modus operandi jenayah rogol ini ;
  • Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
  • Memujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke rumahnya
  • Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa khayal atau tidak sedarkan diri untuk memudahkan dirogol
  • Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan atau bersendirian di rumah
  • Mangsa sendiri bersetuju disetubuhi tetapi membuat laporan polis atas sebab-sebab tertentu
  • Mangsa dirogol dengan tipu daya bomoh
  • Mangsa yang berusia bawah 14 tahun dan bersetuju mengadakan persetubuhan
Langkah-langkah pencegahan jenayah rogol
  • Jika memandu sendirian - sentiasa melihat bahagian dalam kereta anda sebelum memasuki kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Selain mengelakkan kecurian, ia membantu daripada orang berniat jahat bersembunyi.
  • Kunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau menghidupkan enjin kereta. Ini untuk memastikan anda tidak diserang sewaktu leka menghidupkan enjin kereta.
  • Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci sewaktu memandu kereta untuk mengelakkan serangan sewaktu berhenti di lampu isyarat atau di simpang jalan.
(Bersambung minggu hadapan)