Tuesday, August 24, 2010

Rabu - 25 Ogos 2010

Keselamatan Kanak2 Dalam Kereta
  • Tempat duduk kanak2 dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan dpd meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ia amat berbahaya jika berlaku kemalangan.
  • Sesetengah kereta mempunyai beg udara yg boleh mencederakan kanak2 dan org dewasa yg kurang ketinggian normal apabila ia menggelembung.
  • Pastikan bayi atau kanak2 sentiasa dikunci kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak2. Gunakan tempat duduk yg sesuai dgn usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dgn kemas dan sempurna. Ini amat penting utk menjamin keselamatan mereka.
  • Walaupun kanak2 berusia antara 4-12 tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk beakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.

Monday, August 16, 2010

Rabu - 18 Ogos 2010

Apakah Transmisi Meletup Jika Gear Bertukar Ketika Kenderaan Sedang Bergerak?
Kereta didatangkan dengan transmisi automatik dan manual. Kereta bertransmisi manual mempunyai 4, 5 atau 6 gear dan gear reverse. Apa akan berlaku jika kereta sedang meluncur laju dan tiba2 anda secara tidak sengaja memasukkan gear reverse? Adakah transmisi akan meletup?

Gear reverse dalam transmisi manual merupakan sebuah mesin yg sangat ringkas. Terdapat sebuah shaf yg mendapat kuasa daripada enjin kereta manakala sebuah shaf lagi menggerakkan tayar kenderaan. Shaf2 tersebut mempunyai gerigi yg digunakan untuk reverse.

Untuk itu, sebuah gear akan ditolak antara kedua2 shaf untuk memasukkan gerigi pada kedua2 shaf tersebut akan berputar seiring dengan pergerakan tayar kenderaan. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang kerana sebarang letupan tidak berlaku.

Tetapi harus diingat bahawa walaupun ia tidak meletup, tetapi mungkin berlaku kerosakan kepada transmisi gear. Bayangkan kereta anda sedang meluncur laju pada kelajuan 80km sejam dan tiba2 anda memasukkan gear reverse. Hal ini boleh menyebabkan gear pada klac patah dan gerigi pada shaf rosak.

Jadi, jangan sesekali mencuba memasukkan gear reverse apabila kenderaan sedang bergerak ke hadapan kerana ini boleh membahayakan nyawa anda dan juga penumpang dalam kereta anda.

Tuesday, August 10, 2010

Rabu - 11 Ogos 2010

Kepentingan Beg Udara di dalam Kenderaan

Risiko kemalangan jalan raya boleh dikurangkan sekiranya pengguna mengambil berat ciri2 keselamatan alternatif yg terdapat pada kenderaan mereka. Apabila terjadi kemalangan, kecederaan parah dapat dielakkan jika produk keselamatan dalam kenderaan digunakan sebaik2nya.

Beg udara merupakan 1 sistem keselamatan kereta alternatif yg berfungsi sebagai alat sokongan keselamatan tambahan dan menjadi pelindung kepada pemandu daripada mengalami kecederaan yg serius kesan hentakan kuat semasa berlakunya kemalangan.

Juga dikenali dengan nama Sistem Sekatan Kusyen Udara (ACRS), Sistem Sekatan Tambahan (SRS) dan Sekatan Tambahan Boleh Kembung (SIR), ia mempunyai 3 komponen utama iaitu beg udara, penderia dan sistem pengembungan beg udara.

Beg udara diperbuat daripada fabrik nilon yg nipis dan dilipat ke dalam stereng atau papan pemuka. Terkini, terdapat juga beg udara pada pintu atau tempat duduk sebagai ciri2 keselamatan tambahan untuk mengelak dari kecederaan yg serius sekiranya kenderaan dilanggar dari arah sisi.

Penderia merupakan alat yg memberitahu beg udara supaya mengembung. Pengembungan terjadi apabila terdapat perlanggaran atau hentakan yg kuat contohnya merempuh tembok bata pada kelajuan 16 hingga 24 km/j.

Jika ini terjadi, suis mekanikal terpelantik dan memberitahu penderia bahawa perlanggaran telah berlaku. Penderia menerima maklumat daripada meter pecut (accelerometer) yg dibina dalam bentuk cip mikro.

Sistem pengembungan beg udara adalah tindak balas yg berlaku apabila beg udara ini mengembung keluar dari tempat simpanannya pada kelajuan 322 kph iaitu lebih pantas berbanding kerdipan mata.

Selepas beberapa saat, gas tersebut hilang dan dikeluarkan melalui lubang kecil di dalamnya, sekaligus mengecutkan kembali beg udara supaya penumpang boleh bergerak & mengambil masa 5 hingga 10 saat.

Oleh itu, pemandu dinasihatkan supaya menjarakkan diri dengan sterang agar kebarangkalian untuk menghentam stereng lebih rendah jika berlaku pelanggaran. Selain itu, beg udara mengandungi kanji jagung atau bedak talkum. Ini menjadikan ia lembut dan mudah lentur serta-merta dan mengurangkan kecederaan yg serius.