Monday, August 10, 2009

Rabu - 26 Ogos 2009

Tayar Pancit??? Apa Nak Buat???
Jangan panik jika kereta yang anda pandu tiba-tiba pancit di tengah jalan raya. Jika anda panik, otak tidak dapat mengawal pergerakan anggota yang lain dan akan menyebabkan kemalangan. Tenangkan fikiran dan pegang stereng kenderaan anda dengan erat bagi mengawal pergerakannya. Anda akan dapat merasakan kenderaan anda bergerak atau membelok ke kanan atau ke kiri dan tidak stabil jika bahagian tayar belakang yang pancit.

Pada masa ini, anda perlu membrekkan kenderaan anda perlahan-lahan. Brek secara mengejut akan menyebabkan kenderaan anda berpusing-pusing serta tidak terkawal. Setelah kenderaan anda dapat dikawal, bergeraklah ke bahu jalan secara perlahan-lahan untuk menukar tayar. Pastikan kawasan yang dipilih itu selamat dan bukan di tepi selekoh.

Pastikan tayar gantian anda adalah sempurna. Tekanan udara yang cukup, tidak licin dan tidak bocor. Jika tayar gantian juga pancit, anda harus fikirkan alternatif seperti menghubungi bengkel berhampiran, talian unit bantuan atau rakan-rakan anda.

Jangan lupa nyalakan lampu kecemasan untuk memberitahu pengguna lain agar berhati-hati ketika melalui kawasan tempat anda menukar tayar. Selain lampu kecemasan, kon keselamatan juga boleh digunakan dan diletakkan beberapa meter dari kenderaan anda agar pemandu lain tahu ada rintangan di hadapan. Inilah masanya untuk menggunakan kon kecemasan anda.

Apa yang penting, anda perlu bijak mengawal kenderaan anda dalam pelbagai situasi yang tidak diduga seperti ini.

Rabu - 19 Ogos 2009

Langkah2 yang perlu diambil apabila kita terperangkap di dalam lif

  • Bertenang dan beristighfar. Jangan lekas panik dan membuat tindakan yang kurang wajar
  • Cuba hubungi sesiapa sahaja dengan telefon bimbit anda untuk memaklumkan perkara tersebut. Tidak salah mencuba.
  • Tekan loceng kecemasan.
  • Tekan interkom yang menghubungkan terus kepada pegawai keselamatan.
  • Sabar dan tunggu bantuan tiba.
  • Jangan sesekali cuba untuk membuka pintu lif atau memanjat ke bahagian atas lif.
Langkah2 yang perlu anda ambil jika anda berada di luar lif
  • Cuba tenangkan mangsa yang terperangkap.
  • Hubungi segera pihak berkuasa dan terus memastikan mangsa terus tenang.
  • Jangan sesekali cuba membuka pintu lif sekiranya lif anda terhenti di antara dua aras lantai.
  • Penghuni tidak harus menghubungi talian hotline atau polis kecuali terdapat keadaan yang mengancam nyawa atau terdapat keperluan bagi khidmat ambulans kecemasan.
  • Tanya sekiranya ada sesiapa di dalam lif mengalami masalah seperti sesak nafas dan lain-lain.
  • Jangan lupa bersyukur kepada tuhan dan berterima kasih kepada mereka yang membantu.