Tuesday, July 20, 2010

Rabu - 28 Julai 2010

Elak Kecurian Motorsikal
  • Pastikan ia dikunci sebaik ia ditinggalkan. Letakkan di tempat yg mudah dilihat pada waktu malam.
  • Rantai atau kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motorsikal dicuri.
  • Pasangkan alat penggera kecurian motorsikal dan ukir nombor pendaftaran motorsikal pada bahagian yg jelas dilihat.

Thursday, July 8, 2010

Rabu - 14 Julai 2010

Pasang Alat Keselamatan Dalam Kenderaan

Lazimnya, kecurian kenderaan sering berlaku di tempat letak kereta awam, kompleks membeli belah, di hadapan rumah ataupun di tepi jalan raya. Faktor yg menyebabkannya berlaku ialah kecuaian pemilik sendiri termasuk lupa mengunci kenderaan.

Selain itu, tiada kunci tambahan juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah. Justeru, pemasangan kunci tambahan untuk stereng, gear dan roda boleh melengahkan usaha pencuri menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Perbuatan meletakkan kenderaan di tempat yg terpencil atau gelap pada waktu malam juga perlu dielakkan dan juga elakkan meninggalkan barang berharga seperti laptop dan kamera di dalam kenderaan. Jika terpaksa berbuat demikian, tanggalkan bateri peralatan itu dan sorokkan dari pandangan luar.

Pemasangan alat penggera yg baik juga mampu mengelakkan kenderaan daripada dicuri. Pastikan anda berhati2 supaya kunci kereta tidak disalin semasa kereta diservis. Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta. Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta adalah salah 1 kaedah untuk mengesan kenderaan yg dicuri.