Thursday, October 14, 2010

Rabu - 20 Oktober 2010

Berhemah Elak Kemalangan

  • Periksa kenderaan sebelum memulakan sebarang perjalanan jauh. Periksa tekanan angin dan corak bunga tayar, lampu, sisitem brek, sistem penyejuk dan komponen kereta lain.
  • Semua barangan disimpan di ruang bagasi kereta anda dan jangan biarkan bersepah dalam kereta anda kerana objek kecil boleh menjadi berbahaya jika terjadi kemalangan.
  • Sentiasa memandu dengan berhati2. Beri laluan kepada kereta di hadapan atau di belakang anda. Sentiasa nyalakan lampu isyarat jika ingin beralih lorong atau membelok masuk ke simpang.
  • Anda perlu berada di lorong sebelah kiri jika tidak memotong kenderaan lain. Beri laluan pada kereta yg lebih laju. Sentiasa sabar dan jangan lakukan provokasi kepada pemandu lain dengan sebarang tindakan agresif.
  • Sentiasa perhatikan dan peka dengan pemandu yg baru belajar memandu. Cuti perayaan adalah masa popular untuk mereka belajar memandu.

Thursday, October 7, 2010

Rabu - 13 Oktober 2010

Selamatkah Kenderaan Anda?

Menurut World Report on Traffic Injury Prevention, lebih dari 1.2 juta penduduk meninggal dunia dan sebanyak 50 juta penduduk cedera setiap hari di seluruh dunia. Terdapat pelbagai faktor yg mendorong kepada kemalangan seperti persekitaran, sikap pemandu, rekabentuk jalan raya dan sebagainya tetapi perkara yg harus diberi perhatian adalah rekabentuk keselamatan kenderaan itu sendiri.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional telah mencatatkan beberapa aduan penting mengenai isu keselamatan kenderaan baru yg dibeli. Antaranya,
  • Airbag tidak berfungsi sewaktu kemalangan
  • Airbag tiba2 meletup pada keadaan yg tidak sepatutnya
  • Kebocoran minyak pada enjin dan lubang pada tangki minyak
  • Kepanasan melampau pada radiator dan menyebabkan api pada bahagian hadapan kereta
  • Tayar meletup
  • Brek kenderaan tidak berfungsi
  • Kabel wayar cair menyebabkan asap pada kenderaan
  • Lampu tidak berfungsi
  • Bateri kereta meletup tiba2
  • Kereta berhenti di jalan raya secara tiba2
Jadi, peringatan kepada anda yg ingin memiliki kenderaan baharu, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan 100% selamat, berkualiti tinggi dan mematuhi standard yg diperlukan supaya kemalangan dapat dielakkan.