Monday, November 30, 2009

Rabu - 30 Disember 2009

Panduan Mencegah Kebakaran Di Rumah
  • Jangan menggunakan terlalu banyak kabel plug pada 1 soket. Pastikan si kecil memahami perkara itu apabila bermain permainan video, pengering rambut dan sebagainya yang membabitkan penggunaan plug.
  • Jangan letakkan kabel wayar di bawah permaidani.
  • Pastikan lampu yang dibuka pada waktu malam tidak bersentuhan atau berhampiran dengan kain langsir atau tempat tidur.
  • Hindari penggunaan alat pemanas elektrik mudah alih.
  • Buang peralatan panas atau berasap dan berbau akibat percikan elektrik. Jauhkan peralatan itu dari anak kecil.
  • Jangan biarkan anak2 menggunakan peralatan dapur tanpa pengawasan.
  • Jangan meninggalkan makanan yang dimasak walaupun sementara ketika anda tiada di dapur.
  • Awasi anak2 jika mereka melakukan projek seni atau ilmu pengetahuan yang membabitkan api serta alat elektrik.
  • Jangan menyalakan rokok di sekitar rumah atau merokok di tempat tidur. Jauhkan bahan seperti mancis dan pemetik api walaupun di dalam dompet atau laci.
  • Jauhi mereka dari lilin. Letak di tempat yang tidak mudah dijumpa dan dicapai.
  • Tidur dengan pintu bilik tertutup bagi menahan asap dari masuk terus ke dalam bilik.
  • Jangan gunakan bilik tanpa tingkap sebagai bilik tidur.

Rabu - 23 Disember 2009

Kit Kecemasan & Tayar Ganti Penting
Ramai yang memandang remeh tentang peralatan menukar tayar yang tersedia di dalam kenderaan terutama ketika mereka menggunaka cecair pengelak kebocoran tayar yang ada dijual di pasaran. Ada yang menganggap cecair itu sudah memadai untuk masa kecemasan. Tapi sebenarnya tidak.

Kit penukaran tayar kecemasan beserta tayar gantian merupakan perkara asas yang amat penting untuk sentiasa diberi perhatian. Selalu pastikan tekanan tayar ganti berada pad atahap yang sepatutnya. Kit menukar tayar juga perlu selalu diperiksa agar ia berfungsi dengan sempurna. Ini kerana cecair yang dimasukkan ke dalam tiub dan tayar hanya berfungsi sementara sahaja, bukan untuk digunakan untuk jangka panjang.

Rabu - 16 Disember 2009

Tips Penjagaan Tayar Kereta
  • Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan sport rim bersaiz 14 inci. Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak (absorber) dan meningkatkan penggunaan petrol.
  • Jika sudah memilih tayar yang bersesuaian, perhatikan pula bahagian tepi tayar. Jika diperhatikan betul2 terdapat rangkaian nombor yang dicetak tenggelam di permukaan tepi tayar. Ini memberikan maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas dikilangkan. Pastikan anda membelek tarikh tayar dikilang.
  • Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50% dari kelebaran 205mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km per jam tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
  • Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim.
  • Tayar digalakkan ditukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (sesuai untuk 4 tayar bersaiz sama)
  • Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, tekanan terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar sahaja, keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.

Rabu - 9 Disember 2009

Rim Tayar Kereta Hebat, Keselamatan Perlu Dijaga
Bagi kebanyakan anak muda yang memiliki kereta, bagaikan tidak lengkap kereta mereka juga tidak dipasang dengan rim sport kerana dengan adanya rim sport, pemilik akan berbangga walaupun memandu kereta kecil.

Dalam keghairahan mencantikkan kereta, beberapa faktor perlu diambil kira seperti harga sport rim, kualiti dan penjagaannya. Ini kerana ada antara tayar yang digunakan tidak bersesuaian dengan sport rim dan ianya pasti merugikan.

Untuk itu, sebelum membeli sport rim, pengguna mestilah bertanya dengan mekanik, rim yang benar2 sesuai untuk kereta mereka. Antara kelebihan menggunakan sport rim ialah ia mampu memantapkan kenderaan terutamanya ketika mengambil selekoh memandangkan tayar yang berukuran lebih lebar.

Pemasangan sport rim juga meningkatkan keyakinan pemandu ketika membrek memandangkan kenderaan sentiasa berada pada kedudukan yang cukup seimbang. Bagi pengguna yang membeli sport rim terpakai, pastikan ia tidak retak atau bengkok kerana ia boleh mendatangkan risiko kepada pemandu dan penumpang.

Menggunakan rim yang bengkok boleh menyebabkan bunga tayar haus secara tidak rata, manakala rim retak boleh mengakibatkan ia pecah ketika melalui jalan berlubang atau terhentak pada bonggol. Sport rim yang berat pula akan mengurangkan daya pecutan, sekaligus menambah penggunaaan petrol.

Ketika membeli sport rim, pengguna harus boleh untuk menganggar ukuran antara rim yang perlu dibeli dengan tayar kereta bagi mengelakkan tersalah membeli rim. Dengan kedudukan tayar lurus, ukur ketinggian sehingga ke tahap maksimum antara tanah dengan ruang tayar. Selepas itu, pusing tayar untuk mengukur selebar mana pusingan tayar itu dengan memerhatikan jurangnya dengan penyerap hentak dan spring.

Letakkan penual pada sebelah tayar untuk memastikan sejauh mana tayar boleh jatuh. Di samping itu, pastikan juga lubang skru pada rim sesuai dengan kereta kerana sesetengah model mempunyai lebih dariapda 4 skru.

Rabu - 2 Disember 2009

Rawatan Kulit MelecurKulit melecur berkait dengan kerosakan pada tisu2 disebabkan oleh terbakar. Ia boleh jadi terbakar secara terus pada haba yang kuat. Mengenali tahap2 kulit melecur dan pengetahuan asas untuk merawatnya boleh mengurangkan kecederaan dan kematian.

3 kategori melecur;
  • Tahap 1 - dirujuk sebagai lecur tahap 1 yang mana kesan lecurnya berada pada paras epidermis. Ia dikenalpasti melalui haba, kesakitan, kelembapan dan kemerahan pada permukaan kulit yang melecur tetapi tidak banyak menunjukkan kesan tisu terbakar. Lazimnya ia akan sembuh dalam 3 hingga 7 hari dan jarang meninggalkan parut. Contoh, terdedah pada sinaran matahari dan air panas.
  • Tahap 2 - Biasanya berada dalam keadaan yang lembap, kemerahan dan mudah berair. Ia memerlukan tempoh penyembuhan antara 10 hingga 21 hari, tetapi akan menyebabkan perubahan pada warna kulit dan pigmentasi. Kulit melecur tahap ke2 yang dalam boleh menyebabkan kulit menjadi keputihan dan perlu melalui proses debridement dan rawatan pencantuman kulit tambahan.
  • Tahap 3 - Ia akan memusnahkan semua epidermis dan lapisan dermis kulit. Kerosakan tisu kulit berlanjutan sehingga ke folikel rambut dan kelenjar peluh sehinggalah tisu lemak. Pada tahap ini, kulit akan rentung, mengeras dan ada kalanya mempengaruhi keadaan tisu2 lain di sekitarnya. Kulit boleh berubah warna menjadi merah, putih atau coklat tetapi ia tidak melepuh. Lecur ini juga boleh menyebabkan pembengkakan yang besar. Namun, ia tidak mengundang rasa sakit kerana kecederaannya telah memusnahkan hujung saraf. Pencantuman kulit atau rawatan2 pilihan lain adalah diperlukan.
Langkah pertama yang perlu dilakukan jika berhadapan dengan risiko melecur adalah menghentikan proses kelecurannya. Sebarang kain atau pakaian yang melekat pada kulit yang melecur perlu ditanggalkan dengan berhati2. Selepas itu, kawasan kulit yang melecur perlu dibasahkan dengan air sejuk dan biarkan ia sehingga bantuan perubatan tiba.

Pastikan juga barang kemas dan aksesori yang dipakai ditanggalkan segera dan elakkan daripada mengopek kulit yang mula mengelupas.

Thursday, November 12, 2009

Rabu - 25 November 2009

Tips Keselamatan Dari Jabatan Bomba dan Penyelamat
Tips Keselamatan di Rumah
  • Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua peralatan memasak telah dimatikan dan semua perkakasan elektrik telah dipadamkan atau ditanggalkan dari plak.
  • Saluran pada dapur masak hendaklah ditanggalkan daripada tabung gas.
  • Elakkan dari penyambungan elektrik yang melebihi had yang dibenarkan.

Tips Keselamatan dalam Kenderaan
  • Pastikan kenderaan telah dibuat penyelenggaraan secara menyeluruh.
  • Elakkan darpada memandu ketika mengantuk. Berhenti rehat seketika sebelum menyambung kembali perjalanan.
  • Sediakan alat pemadam api yang bersaiz 1kg di dalam kenderaan.