Tuesday, September 29, 2009

Rabu - 30 September 2009

Kemalangan dalam Kenderaan Tidak Bergerak di Kalangan Kanak2

Beberapa perkara yang boleh berlaku apabila kanak-kanak ditinggalkan di dalam kenderaan atau berdekatan dengan kenderaan ;
  • Kemalangan semasa mengundur kereta
  • Kejutan panas atau heat stroke
  • Menyedut asap beracun
  • Terperangkap dalam but kereta
  • Kanak2 cuba memandu kereta
  • Merampas dan menculik kererta dan kanak2
Sedekad yang lalu dilaporkan bahawa 30% daripada kematian kanak2 yang melibatkan kenderaan di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh kereta yang melanggar kanak2 semasa berundur. Untuk mengelakkannya daripada berlaku, pasang radar pengesan objek di belakang kereta anda.

Pada tahun 1999 di Amerika Syarikat, terdapat 27 orang maut disebabkan oleh hipertermia atau suhu tubuh terlalu tinggi kerana ditinggalkan oleh ibu bapa mereka terkunci di dalam kereta. Dalam cuaca Malaysia yang begitu panas, suhu dalam kereta boleh mencapai 100 darjah Fahrenheit. Dalam keadaan ini, kanak2 boleh maut begitu pantas dalam beberapa minit sahaja terutamanya bayi dan kanak2 kecil. Tubuh bayi menjadi panas 3 hingga 5 kali lebih pantas daripada orang dewasa.

Kanak2 yang mempunyai suhu tubuh terlalu panas aka mengalami dehidrasi atau kekeringan akibat berpeluh. Dia akan kelihatan lesu, pucat dan lidah dan bibir menjadi kering serta kulit pucat dan berpeluh.

Jika kita hendak meninggalkan anak kita di dalam kereta dengan memasang hawa dingin untuk mengelakkan kejutan panas, anda perlu ingat supaya jangan melakukannya dalam keadaan tertutup sepenuhnya. Enjin kereta yang dihidupkan akan menggunakan oksigen dan karbon monoksida akan terhasil akibat pembakaran yang tidak sempurna.

Akhir sekali, pastikan anda tidak meninggalkan kereta anda dengan kunci kereta bersama2 anak2 anda kerana ini boleh mendorong individu yang tidak bertanggungjawab merampas kereta sekaligus membawa lari anak2 yang berada di dalam kereta anda.

Sebagai ibu bapa ;
  • Ajar kanak2 supaya tidak bermain di dalam atau di sekitar kenderaan. Beritahu mereka kereta bukan alat mainan.
  • Jangan biarkan kanak2 berseorangan di dalam kereta.
  • Jangan tinggalkan kunci kereta di dalam kereta.
  • Jalan keliling kereta anda sebelum memandu.
  • Pasang alat pengesan objek yang ada di belakang kereta.
  • Pastikan kereta di rumah berkunci dan jauhkan kunci daripada kanak2.
  • Jangan mengunci kanak2 di dalam kereta yang panas.
  • Jangan biarkan enjin kereta hidup di tempat tertutup apabila kanak2 berada di dalamnya.

Sunday, September 6, 2009

Rabu - 16 September 2009

Pesanan untuk anda membeli-belah pada bulan Ramadhan
Selain sibuk membeli makanan di pasar Ramadhan, anda juga tentu tidak ketinggalan membeli pakaian dan pelbagai barangan lain sebagai persediaan menyambut Syawal yang dah semakin hampir. Usah terlalu ralit membeli-belah jika anda turut membawa si kecil bersama. Sambil membeli dan memilih barang, anak mata anda tidak harus lepas daripada melihatnya. Jika ada orang yang boleh menemaninya di rumah adalah lebih baik kalau anda tidak membawanya bersama. Suasana yang sesak dan padat boleh menyebabkan dia cepat rimas dan juga boleh menerima sebarang jangkitan penyakit dengan mudah. Kelalaian anda turut mendedahkan dia kepada risiko penculikan.

Friday, September 4, 2009

Rabu - 9 September 2009

Cara Lindungi Diri Dari Jenayah RagutBeg Tangan Selamat
Tidak salah kalau anda hendak bergaya dengan koleksi beg tangan yang ada dalam simpanan anda. Namun, pastikan ia sesuai dengan tempat yang anda pergi dan juga kenderaan yang anda naiki. Sekiranya anda menunggang motorsikal, lebih baik kalau anda memakai beg sandang agar tidak mudah diragut penjenayah. Jika anda seorang pejalan kaki serta pengguna pengangkutan awam, sebaik-baiknya elakkan daripada memakai beg yang diperbuat daripada kulit atau material kukuh yang lain. Ini penting kerana seandainya anda diragut dan tali beg tangan anda tidak terputus, berkemungkinan besar anda akan tercedera akibat tertarik bersama-sama dengan beg tersebut.

Laluan bertentangan
Jika anda sedang berjalan menuju ke hadapan, anda sudah tentu tidak nampak apa yang berlaku di hadapan anda. Pastikan anda berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan lalu lintas jalan raya. Ini memberikan anda peluang untuk melihat dan mengenal pasti jika ada antara pengguna jalan raya yang berniat jahat terhadap anda. Jika anda menyedari ada yang tidak kena, cepat-cepatlah beralih ke tepi jalan raya dan bergeraklah dengan pantas. Pastikan juga kedudukan beg tangan anda tidak menghadap ke arah jalan raya.

Waspada selalu
Sama ada anda baru sahaja membeli barang berharga seperti emas atau membuat urusan pengeluaran wang di bank, segera simpan di dalam beg. Elak daripada terus mengira duit di hadapan mesin ATM atau membelek-belek barang berharga tersebut di tempat awam.

Berhati-hati di kedai makan
Menikmati hidangan ketika lapar memang meralitkan. Sentiasa berhati-hati dengan doompet atau beg tangan. Elakkan meletakkannya di atas meja kerana tanpa anda sedari sesiapa sahaja boleh mencapainya ketika lalu di sebelah anda.

Buat persediaan
Pastikan anda sentiasa membawa bersama sebarang peralatan yang boleh membantu anda ketika diserang oleh sebarang penjenayah seperti alat penyembur keselamatan atau botol berisi serbuk lada, payung dan sebagainya. Walau bagaimanapun, elakkan membawa pisau kerana walaupun ia bersaiz kecil, senjata ini boleh makan tuan.

Mengalah
Apabila anda tiba-tiba diragut atau disamun ketika sedang bersendirian, adalah lebih baik kalau anda beralah sahaja. Jangan sesekali cuba melawan kerana tenaga keupayaan anda mungkin tidak setanding dengan penjenayah.

Usah bersendirian
Pastikan anda tidak berseorang terutamanya pada waktu malam dan di tempat yang sunyi kerana jika tidak, anda lebih terdedah kepada risiko jenayah. Selain itu, elak daripada melalui jalan yang sama setiap hari kerana manalah tahu dalam diam-diam ada yang sedang memerhati dan merencanakan sesuatu yang tidak baik terhadap anda.