Tuesday, April 26, 2011

Rabu - 25 Mei 2011

Cara2 untuk mengetahui kerosakan dalam sistem brek


Untuk mengesan kerosakan dalam sistem brek sebelum memandu, pastikan ;
  • Takungan silinder utama hendaklah diperiksa untuk memastikan tahap bendalir dalam takungan maksimum atau minimum yg terdapat di takungan tersebut. Jika bendalir di bawah tahap minimum, berkemungkinan kehausan brek pad atau brek shoes menipis.
  • Jika tahap bendalir di dalam takungan silinder utama di bawah tahap minimum, periksa pedal brek untuk kebasahan. Jika terdapat kebasahan, ini bermakna silinder utama telah bocor.
  • Kebocoran yg kerap berlaku ialah wheel cylinder yg terdapat pada keempat2 tayar haruslah diperiksa serta memastikan jika ada kebasahan pd rim tayar.

Rabu - 18 Mei 2011

Tip Memandu Ketika Hujan

Teknik untuk mengeringkan brek dan mengujinya selepas dibasahi air ;
  • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
  • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
  • Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek.
  • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj. Lakukan berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter.
  • Jika brek gagal berfungsi, ulangi kembali proses yg telah dinyatakan tadi. Selepas itu, uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.

Rabu - 11 Mei 2011

Tips Memandu Ketika Hujan
  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yg dilalui dengan melihat had tinggi tayar.
  • Sekiranya paras air di bawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memandu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi enjin khususnya bahagian sistem penyalaan.
  • Elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dibasahi air dan mengenai pengguna jalanraya yg lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki.
  • Selepas meredah jalan dianiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yg basah.

Rabu - 4 Mei 2011

Tips Memandu Ketika Hujan
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan.
  • Semua pintu mempunyai dakapan getah (seal) yg baik.
  • Pastikan tiada kebocoran pd bahagian enjin, kotak gear, galas dan bearing kerana air boleh memasuki bahagian yg bcor akibat tekanan arus tinggi & ketka meredah jln yg dinaiki air.
  • Pastikan sistem klac, brek & brek tangan di dalam keadaan baik.
  • Pastika bunga tayar yg baik untuk cengkaman sepenuhnya.
  • Pengelap (wiper), hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.

Tuesday, April 5, 2011

Rabu - 27 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet

  • Jangan sesekali berikan kata laluan anda. Jika anda telah berikan, tukarkannya dengan segera.
  • Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan
  • Bank atau laman web TIDAK SEKALI-KALI menghantar dan meminta pengesahan butiran log masuk melalui emel atau mesej yg lain.
  • Libatkan ibu bapa yg tidak menegetahui tentang internet
  • Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun emel dan bagaimana ia berfungsi
  • Lakukan carian mengenai hobi mereka dengan menggunakan Google.

Rabu - 20 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet

  • Fikir dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
  • Minta kebenaran daripada rakan2 anda sebelum anda menghantar gambar mereka
  • Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yg anda kenali dan percaya.
  • Jangan jawab mesej teks daripada orang yg tidak anda kenali. Abaikan mereka atau lebih baik lagi, padamkan sahaja mesej tersebut.

Rabu - 13 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet



  • Sewaktu sedang berbual dengan seseorang yg tidak dikenali dalam talian, sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan.
  • Jangan berbual mengenai sesuatu yg membuat anda berasa tidak selesa
  • Jangan menyamar menjadi orang yg lain
  • Sentiasa memberitahu ibu bapa atau guru jika ada yg bertanya mengenai maklumat peribadi anda.

Rabu - 6 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet
  • Memuat turun muzik yg dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang2.
  • Gunakan laman web yg biasa digunakan oleh rakan anda atau nama yg biasa dikenali
  • Gunakan mekanisme pembayaran yg selamat. Cari kunci mangga di bahagian bawah laman web.
  • Gunakan kad kredit, ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
  • Fikir sebelum anda membuka emel. Adakah saya mengenali orang ini?
  • Adakah tajuk (subject) ini masuk akal? Jika tidak, jangan buka.
  • Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL tersebut berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
  • Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP. orang dewasa atau polis.
  • Ingat, anda TIDAK wajib membuka emel. Jika ianya penting dan anda memadamnya, orang tersebut akan menghubungi anda semula.