Monday, June 28, 2010

Rabu - 7 Julai 2010

Bantuan Kecemasan Kepada Wanita Hamil yg Kemalangan
  • Keluarkan mangsa dari dalam kereta dan terus tempatkan mereka di tempat yg selesa dan lapang. Posisikan mangsa dalam keadaan bersandar dan cuba elakkan daripada dikerumuni orang ramai kerana ini akan menambahkan tekanan kepada mangsa dan bayi.
  • Periksa jika terdapat buku rekod kesihatan kandungan mangsa bagi mengenalpasti usia kandungan mangsa bertujuan menyenangkan proses bantuan kecemasan yg seterusnya.
  • Tenangkan mangsa dan periksa anggota tubuh badan mangsa yg mengalami kecederaan serius dan ringan. Utamakan pada anggota badan mangsa yg mengalami kecederaan serius dan berikan rawatan segera. Pegang perut mangsa perlahan2 untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan stabil.
  • Jika mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, keluarkan mangsa dan periksa denyutan nadi, jantung dan pernafasan mangsa bagi memastikan mangsa masih lagi bernyawa. Pastikan mangsa berada dalam keadaan stabil sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Rabu - 30 Jun 2010

Nasihat Kepada Wanita Hamil yang Ingin Memandu
Setiap wanita mengandung yg memandu dinasihatkan agar sentiasa membawa bersama buku rekod laporan kesihatan kandungan bagi tujuan rujukan jika berlakunya kejadian yg tidak diingini. Adalah lebih baik jika meminta bantuan suami, jiran terdekat atau teman rapat unutk membawa ke mana2.

Kurangkan aktiviti memandu melainkan dengan tujuan tertentu seperti memandu ke tempat kerja, mengmmbil anak2 pulang dari sekolah ataupun keluar membeli barangan keperluan harian. Pilihlah masa yg sesuai untuk keluar memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yg boleh mengakibatkan kekejangan pada otot kaki yg boleh mengundang risiko kemalangan.