Tuesday, February 22, 2011

Rabu - 23 Februari 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet
Bertindak dengan bijak, jangan tertipu

Terdapat pengguna internet yg sentiasa mencari peluang untuk menganiaya orang lain terutama remaja dan kanak2. Kebiasaannya mereka akan menghantar emel atau mesej secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas emel atau mesej tersebut. Oleh itu, jgn sesekali..

  • memberikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan
  • bertemu dgn orang yg tidak anda kenali semasa anda berbual di internet tidak kira apa yg mereka katakan
  • membuka emel atau lampiran daripada orang yg anda tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yg anda terima daripada org yg tidak dikenali
  • menyembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yg dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

Tuesday, February 8, 2011

Rabu - 9 Februari 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet


  • LOL (laughing out loud) - Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat untuk terus melayari internet, tapi gunakanlah dengan bijak dan berhemah.
  • TTYL (talk to you later) - Jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yg dihantar.
  • BTW (by the way) - Dengan menggunakan filtering software, anda boleh menghalang kandungan yg tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Jangan sesekali bertukar2 maklumat peribadi dan gambar anda di internet.
  • GTG (got to go) - Sama ada anda sedang berbual, belajar dan ketawa, anda perlu sentiasa ingat amalan terbaik semasa melayari internet supaya anda tidak digodam, mendapat virus atau menjadi mangsa pencuri identiti.
  • Anda perlu mengabaikan mesej daripada orang yg tidak dikenali, bertanya tentang kata laluan dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yg muncul secara tiba2 dan menerima emel remeh (SPAM) seperti peraduan palsu dan emel hadiah percuma.