Tuesday, May 31, 2011

Rabu - 29 Jun 2011

Patuhi Keselamatan di Stesen Minyak



  • Dilarang merokok - boleh menyebabkan kebakaran. Anda akan didenda Rm5,000 atau penjara 2 tahun atas kesalahan merokok.
  • Matikan enjin kenderaan - 3 gabungan dari pergerakan enjin, elektrik kenderaan serta wap minyak di stesen, adalah salah 1 punca kebakaran. Berwaspada semasa berada di stesen minyak, matikan enjin dan kuncikan kenderaan anda. Ini adalah langkah keselamatan untuk mengelakkan kenderaan anda daripada dicuri.
  • Matikan telefon bimbit - Kajian pakar menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit di stesen minyak adalah salah 1 punca tercetusnya kebakaran. Walaupun tiada kesahihan dari pihak pakar, bahaya tercetusnya kebakaran masih ada. Berwaspada dan jangan menggunakan telefon bimbit semasa di stesen minyak.

Rabu - 22 Jun 2011

Kenali Penipuan "Scam"Scam ialah penipuan yg dilakukan oleh mereka yg suka menyorokkan identiti mereka. Formula mengelak penipuan "Scam" ialah "NO SCAM".

N = Name (Nama)
Pastikan anda ketahui nama sebenar dan maklumat peribadi siapakah yg mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O = Over Promise (Janji yg berlebihan)
Pelaburan atau peluang yg menjana pendapatan yg diberikan adakah ianya over promising atau janji yg berlebihan dan tak masuk akal, kebanyakan scam akan menipu mangsa dengan membuat janji2 manis berlebihan.

S = Search (Cari)
Anda perlu membuat carian. Cara mudah ialah menggunakan enjin carian di dalam internet seperti Google.com. dan lakukan carian dgn cara menaip nama pemilik program tersebut.

C = Contact (Hubungi)
Pastikan maklumat lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara menghubungi dan lain2. Jika ada, cuba hubungi terus untuk memastikan kewujudannya.

A = Ask (Tanya)
Tanya orang ramai, kenalan dan pakar2 industri. Jangan hanya tanya kenalan yg mempromosikan sesuatu program tersebut kerana mungkin mereka juga tertipu dengan scam. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program.

M = Make Sure (Pastikan)
Pastikan anda melakukan kesemua yg telah dinyatakan tadi, ulang kembali langkah NO SCAM sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda.

Monday, May 16, 2011

Rabu - 15 Jun 2011

Petua Keselamatan Anak

  • Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan alat ini.
  • Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan dan boleh juga mengakibatkan kebakaran.
  • Jangan tinggalkan anak berdekatan dengan air walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.
  • Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak2 mengenai tempat berkumpul di luar rumah jika berlaku kebakaran.
  • Simpan semua ubat dalam kabinet yg berkunci. Jangan tinggalkan ubat2an di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah "gula2". Jangan makan ubat di hadapan anak.

Rabu - 8 Jun 2011

Petua Keselamatan Anak

  • Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.
  • Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda daripada memasukkan jarinya atau benda lain ke dalamnya.
  • Lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan tergelincir dan terjatuh.
  • Simpan peti bantuan kecemasan yg lengkap di rumah dan pastikan setiap orang dewasa dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.

Rabu - 1 Jun 2011

Petua Keselamatan Anak
  • Jangan sekali2 tinggalkan bayi atau kanak2 bersendirian atau terkunci di dalam bilik.
  • Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan bahan kimia lain yg berbahaya di tempat yg selamat dan tidak boleh dicapai kanak2 atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan ini dalam bekas lain kerana kanak2 mungkin terkeliru dan menyangka ia makanan atau minuman.
  • Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yg tidak boleh dicapai kanak2.
  • Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri & sebagainya), jangan benarkan kanak2 berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perli disimpan di tempat yg selamat.