Tuesday, January 19, 2010

Rabu - 10 Februari 2010

Langkah2 Lindungi Anak Dari Bahaya
10.45 pagi
  • Majoriti pelajar menggunakan pengangkutan bas sekolah mahu pun bas awam. Jangan biarkan anak berseorangan di perhentian bas, sebaliknya ia perlu ditemani oleh orang dewasa terutama ibu bapa. Pastikan mereka menunggu di kawasan selamat dan tidak terlalu ke tengah jalan raya. Selain itu, jika mempunyai pilihan, pilihlah tempat menunggu yang tidak terlalu sunyi dan mudah dilihat oleh orang awam. Jangan sesekali mendedahkan diri para pelajar dengan risiko yang jelas.
  • Ketika berada di dalam bas, nasihatkan anak agar tidak berdiri di tepi tangga bas. Ini boleh mengundang bahaya dan dibimbangi anak akan terjatuh terutama jika bas itu tidak menutup pintu atau berhenti secara mengejut. Duduklah di kerusi yang tersedia di dalam bas. Keadaan sebegitu bukan sahaja selesa bahkan lebih terjamin keselamatan.
  • Bagi para pelajar yang baru turun dari bas, seelok2nya tunggu terlebih dahulu sebelum melintas. Elakkan daripada melintas di hadapan mahupun di belakang bas kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Tunggu sehingga bas beredar sebelum melihat kanan dan kiri. Jika sudah benar2 selamat, barulah melintas.
  • Segelintir pelajar selesa menunggang basikal. Pastikan mereka mengikut lorong yang disediakan dan menunggang dengan cermat. Usah bergurau senda dengan mengacah2 atau menolak satu sama lain. Gurauan sebegini dia atas jalan raya hanya akan menjejaskan tumpuan. Gunalah topi keledar dan juga pad siku serta lutut kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan.
  • Bagi yang tinggal di kawasan tidak jauh dari sekolah, berjalan kaki adalah pilihan bijak. Namun, keselamatan tetap harus dititikberatkan meskipun jaraknya tidak berapa jauh. Gunakan lorong pejalan kaki yang telah disediakan. Jangan sesekali berjalan di atas jalan raya kerana risiko akan dirempuh oleh kenderaan lain adalah amat tinggi. Jika tiada lorong pejalan kaki dan terpaksa berjalan di atas jalan raya, jalanlah melawan arus kenderaan. Berhati2 dan jalanlah setepi yang boleh.
  • Ketika balik sekolah pula, pastikan pelajar berada di dalam kawasan sekolah sehingga bas ata ibu bapa mereka tiba. Jangan berlegar2 di luar kawasan sekolah kerana ia hanya akan menarik perhatian penjenayah. Ibu bapa yang menjemput anak pulang sekolah pula tidak digalakkan melambat2kan masa. Jika mampu, jemputlah anak tepat pada masanya agar tiada masalah timbul.
  • Ibu bapa juga harus mendidik anak2 agar tidak melayan apatah lagi mengikut individu yang tidak dikenali. Pesan kepada mereka agar tidak termakan dengan pujukan atau pun umpanan daripada penjenayah yang berniat jahat. Ajar anak2 tentang teknik untuk menolak pelawaan sekaligus melarikan diri. Minta juga mereka agar melaporkan kepada pengawal keselamatan atau guru jika terlihat mereka yang mencurigakan.

Rabu - 3 Februari 2010

Tips Elak Bahaya
  • Sentiasa Berhati2 - Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling tidak kira di mana jua berada termasuklah di jalan raya, di rumah atau beriadah. Sentiasa ambil langkah berjaga2 serta selalu beringat.
  • Hubungi Pihak Berkuasa - Apabila anda terlibat dalam situasi yang berbahaya dan mengancam nyawa, langkah terbaik adalah menghubungi pihak berkuasa secepat mungkin. Selain itu, jangan lupa simpan nombor telefon pihak bomba, polis dan sebagainya dalam buku telefon di telefon bimbit anda.
  • Lindungi Anak2 - Anak2 kecil terutamanya di bawah usia 12 tahun haruslah sentiasa diawasi oleh kedua ibu bapa. Mereka perlu sentiasa dilindungi kerana kanak2 sememangnya tidak mampu membezakan antara baik dan buruk sesuatu keadaan.
  • Didikan Ibu Bapa - Ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak2 tentang keselamatan diri. Anak2 perlu dijelaskan dengan situasi bahaya dan apa yang sepatutnya mereka lakukan apabila berada dalam situasi tersebut.
  • Ikuti Perkembangan Anak2 - Sebagai ibu bapa, anda bertanggunjawab untuk mengetahui perkembangan anak2 termasuklah dari segi keselamatan dirinya sama ada berada di rumah atau sekolah. Sentiasa ambil peduli akan perubahan pada diri anak2 seperti apabila dirinya terlibat dalam kemalangan, bawa dirinya berjumpa doktor. Manakala jika anak anda mengalami trauma, cuba bawa anak anda berjumpa pakar psikologi.