Monday, December 13, 2010

Rabu - 22 Disember 2010

Pemanduan Ketika Cuaca Panas Terik


  • Suhu dalam kenderaan yg diletakkan di tempat terbuka ketika cuaca panas adalah tinggi dan membahayakan nyawa jika tidak berhati2.
  • Jgn biarkan anak2 bermain dalam kenderaan yg diletakkan di kawasan terbuka yg panas. Ia boleh membahayakan mereka apabila mereka terperangkap di dalam kenderaan.
  • Suhu yg tinggi juga berpotensi merosakkan bahagian dalam kenderaan antaranya pelapis kerusi, panel meter dan beberapa peralatan lain. Untuk mengatasi masalah ini, gunakan pelindung sinar matahari yg boleh dibeli di kedai aksesori.

Monday, December 6, 2010

Rabu - 15 Disember 2010

Petua Keselamatan Jalan Raya yg Perlu Dipatuhi

  • Rancanglah perjalanan anda
  • Sentiasa ikut had laju yg ditentukan
  • Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong
  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki
  • Elakkan daripada mengekori kenderaan lain pada sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan serius
  • Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong
  • Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan
  • Elak mencelah di antara kenderaan lain kerana ini membahayakan keselamatan anda dan juga org lain

Monday, November 15, 2010

Rabu - 8 Disember 2010

Tips Menjimatkan Penggunaan Minyak Kereta

  • Membrek pada jarak yg selamat
  • Rancang perjalanan
  • Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan
  • Minimumkan perjalanan jarak dekat
  • Gunakan saiz tayar dan sport rim yg sesuai
  • Isi petrol pada waktu yg sesuai, iaitu pada waktu pagi atau malam
  • Bawa barang yg diperlukan sahaja

Rabu - 17 November 2010

Berhemah Elak Kemalangan


  • Rancang waktu perjalanan dan berhenti rehat buat seketika jika penat, keluar dari kereta dan berjalan atau lakukan sedikit senaman. Jika sangat letih, tidur sebentar.
  • Jika dalam kereta ada lebih daripada seorang pemandu, pandulah bergilir2.
  • Jangan memandu dalam keadaan mengantuk serta memandu laju kerana kebanyakan kemalangan maut akibat 2 faktor ini.
  • Kawal sikap panas baran kerana kadangkala memandu boleh menjadikan sesiapa saja kecewa dan mudah marah.

Tuesday, November 9, 2010

Rabu - 10 November 2010

Berhemah Elak Kemalangan
  • Pakai tali pinggang keledar. Terlalu banyak kemalangan maut yang berlaku di negara ini kerana aspek keselamatan dipandang remeh.
  • Pastikan jarak selamat antara kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan bagi memberi masa untuk kita membrek dan berhenti jika berlaku kecemasan.
  • Lebuh raya untuk dikongsi dan kita perlu lebih bertolak ansur dan bertimbang rasa.
  • Ketika memandu anda akan menghabiskan banyak waktu dalam kereta kerana lalu lintas sesak. Perjalanan jauh sememangnya memenatkan dan keletihan pemandu boleh mengakibatkan kemalangan. Anda perlu mengambil labgkah wajar bagi mengelak keletihan & membuatkan kita peka ketika memandu.
  • Pastikan tidur mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan dinasihatkan melakukan perjalanan jauh pada hari siang supaya membolehkan anda sentiasa berada dalam keadaan jaga.

Thursday, October 14, 2010

Rabu - 20 Oktober 2010

Berhemah Elak Kemalangan

  • Periksa kenderaan sebelum memulakan sebarang perjalanan jauh. Periksa tekanan angin dan corak bunga tayar, lampu, sisitem brek, sistem penyejuk dan komponen kereta lain.
  • Semua barangan disimpan di ruang bagasi kereta anda dan jangan biarkan bersepah dalam kereta anda kerana objek kecil boleh menjadi berbahaya jika terjadi kemalangan.
  • Sentiasa memandu dengan berhati2. Beri laluan kepada kereta di hadapan atau di belakang anda. Sentiasa nyalakan lampu isyarat jika ingin beralih lorong atau membelok masuk ke simpang.
  • Anda perlu berada di lorong sebelah kiri jika tidak memotong kenderaan lain. Beri laluan pada kereta yg lebih laju. Sentiasa sabar dan jangan lakukan provokasi kepada pemandu lain dengan sebarang tindakan agresif.
  • Sentiasa perhatikan dan peka dengan pemandu yg baru belajar memandu. Cuti perayaan adalah masa popular untuk mereka belajar memandu.

Thursday, October 7, 2010

Rabu - 13 Oktober 2010

Selamatkah Kenderaan Anda?

Menurut World Report on Traffic Injury Prevention, lebih dari 1.2 juta penduduk meninggal dunia dan sebanyak 50 juta penduduk cedera setiap hari di seluruh dunia. Terdapat pelbagai faktor yg mendorong kepada kemalangan seperti persekitaran, sikap pemandu, rekabentuk jalan raya dan sebagainya tetapi perkara yg harus diberi perhatian adalah rekabentuk keselamatan kenderaan itu sendiri.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional telah mencatatkan beberapa aduan penting mengenai isu keselamatan kenderaan baru yg dibeli. Antaranya,
  • Airbag tidak berfungsi sewaktu kemalangan
  • Airbag tiba2 meletup pada keadaan yg tidak sepatutnya
  • Kebocoran minyak pada enjin dan lubang pada tangki minyak
  • Kepanasan melampau pada radiator dan menyebabkan api pada bahagian hadapan kereta
  • Tayar meletup
  • Brek kenderaan tidak berfungsi
  • Kabel wayar cair menyebabkan asap pada kenderaan
  • Lampu tidak berfungsi
  • Bateri kereta meletup tiba2
  • Kereta berhenti di jalan raya secara tiba2
Jadi, peringatan kepada anda yg ingin memiliki kenderaan baharu, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan 100% selamat, berkualiti tinggi dan mematuhi standard yg diperlukan supaya kemalangan dapat dielakkan.

Thursday, September 30, 2010

Rabu - 6 Oktober 2010

Tips Mengelakkan Daripada Diragut

  • Jangan berasak2 apabila menaiki atau turun dari bas, kereta api, panggung wayang dan juga di tempat yg sesak.
  • Apabila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yg anda kenal. Jika ada orang mengekori anda dan anda berasa curiga, keluar dari lif dengan segera.
  • Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak atau kereta api. Ini kerana ianya memudahkan untuk diseluk dan diragut.
  • Jangan biarkan orang yg tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
  • Jangan simpan duit di 1 kocek sahaja. Simpanlah di dalam kocek yg berasingan.

Thursday, September 23, 2010

Rabu - 29 September 2010

Tips Mengelakkan Daripada Diragut

  • Gunakan jalan yang selalu dilalui oleh orang ramai
  • Jika terpaksa keluar pada waktu malam, cuba keluar secara berteman atau berkumpulan
  • Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli belah atau di atas kaunter semasa membuat bayaran
  • Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan bertentangan dengan lalu lintas
  • Semasa memberli-belah di tempat yg sibuk, genggam beg duit anda dengan kuat atau sembunyikan beg duit anda di tempat yg tidak terdedah.
  • Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri diragut oleh pembonceng motorsikal.

Tuesday, August 24, 2010

Rabu - 25 Ogos 2010

Keselamatan Kanak2 Dalam Kereta
  • Tempat duduk kanak2 dan bayi adalah di tempat duduk belakang kereta. Elakkan dpd meletakkan mereka di tempat duduk hadapan kerana ia amat berbahaya jika berlaku kemalangan.
  • Sesetengah kereta mempunyai beg udara yg boleh mencederakan kanak2 dan org dewasa yg kurang ketinggian normal apabila ia menggelembung.
  • Pastikan bayi atau kanak2 sentiasa dikunci kemas dan selamat di dalam tempat duduk bayi atau kanak2. Gunakan tempat duduk yg sesuai dgn usia dan saiz mereka. Tali pinggang keledar pula mestilah dikancing dgn kemas dan sempurna. Ini amat penting utk menjamin keselamatan mereka.
  • Walaupun kanak2 berusia antara 4-12 tahun tidak memerlukan tempat duduk khas, mereka mestilah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Pastikan kereta anda mempunyai tali pinggang keledar di tempat duduk beakang kereta. Jika tidak, anda boleh memasangnya.

Monday, August 16, 2010

Rabu - 18 Ogos 2010

Apakah Transmisi Meletup Jika Gear Bertukar Ketika Kenderaan Sedang Bergerak?
Kereta didatangkan dengan transmisi automatik dan manual. Kereta bertransmisi manual mempunyai 4, 5 atau 6 gear dan gear reverse. Apa akan berlaku jika kereta sedang meluncur laju dan tiba2 anda secara tidak sengaja memasukkan gear reverse? Adakah transmisi akan meletup?

Gear reverse dalam transmisi manual merupakan sebuah mesin yg sangat ringkas. Terdapat sebuah shaf yg mendapat kuasa daripada enjin kereta manakala sebuah shaf lagi menggerakkan tayar kenderaan. Shaf2 tersebut mempunyai gerigi yg digunakan untuk reverse.

Untuk itu, sebuah gear akan ditolak antara kedua2 shaf untuk memasukkan gerigi pada kedua2 shaf tersebut akan berputar seiring dengan pergerakan tayar kenderaan. Oleh itu, anda tidak perlu bimbang kerana sebarang letupan tidak berlaku.

Tetapi harus diingat bahawa walaupun ia tidak meletup, tetapi mungkin berlaku kerosakan kepada transmisi gear. Bayangkan kereta anda sedang meluncur laju pada kelajuan 80km sejam dan tiba2 anda memasukkan gear reverse. Hal ini boleh menyebabkan gear pada klac patah dan gerigi pada shaf rosak.

Jadi, jangan sesekali mencuba memasukkan gear reverse apabila kenderaan sedang bergerak ke hadapan kerana ini boleh membahayakan nyawa anda dan juga penumpang dalam kereta anda.

Tuesday, August 10, 2010

Rabu - 11 Ogos 2010

Kepentingan Beg Udara di dalam Kenderaan

Risiko kemalangan jalan raya boleh dikurangkan sekiranya pengguna mengambil berat ciri2 keselamatan alternatif yg terdapat pada kenderaan mereka. Apabila terjadi kemalangan, kecederaan parah dapat dielakkan jika produk keselamatan dalam kenderaan digunakan sebaik2nya.

Beg udara merupakan 1 sistem keselamatan kereta alternatif yg berfungsi sebagai alat sokongan keselamatan tambahan dan menjadi pelindung kepada pemandu daripada mengalami kecederaan yg serius kesan hentakan kuat semasa berlakunya kemalangan.

Juga dikenali dengan nama Sistem Sekatan Kusyen Udara (ACRS), Sistem Sekatan Tambahan (SRS) dan Sekatan Tambahan Boleh Kembung (SIR), ia mempunyai 3 komponen utama iaitu beg udara, penderia dan sistem pengembungan beg udara.

Beg udara diperbuat daripada fabrik nilon yg nipis dan dilipat ke dalam stereng atau papan pemuka. Terkini, terdapat juga beg udara pada pintu atau tempat duduk sebagai ciri2 keselamatan tambahan untuk mengelak dari kecederaan yg serius sekiranya kenderaan dilanggar dari arah sisi.

Penderia merupakan alat yg memberitahu beg udara supaya mengembung. Pengembungan terjadi apabila terdapat perlanggaran atau hentakan yg kuat contohnya merempuh tembok bata pada kelajuan 16 hingga 24 km/j.

Jika ini terjadi, suis mekanikal terpelantik dan memberitahu penderia bahawa perlanggaran telah berlaku. Penderia menerima maklumat daripada meter pecut (accelerometer) yg dibina dalam bentuk cip mikro.

Sistem pengembungan beg udara adalah tindak balas yg berlaku apabila beg udara ini mengembung keluar dari tempat simpanannya pada kelajuan 322 kph iaitu lebih pantas berbanding kerdipan mata.

Selepas beberapa saat, gas tersebut hilang dan dikeluarkan melalui lubang kecil di dalamnya, sekaligus mengecutkan kembali beg udara supaya penumpang boleh bergerak & mengambil masa 5 hingga 10 saat.

Oleh itu, pemandu dinasihatkan supaya menjarakkan diri dengan sterang agar kebarangkalian untuk menghentam stereng lebih rendah jika berlaku pelanggaran. Selain itu, beg udara mengandungi kanji jagung atau bedak talkum. Ini menjadikan ia lembut dan mudah lentur serta-merta dan mengurangkan kecederaan yg serius.

Tuesday, July 20, 2010

Rabu - 28 Julai 2010

Elak Kecurian Motorsikal
  • Pastikan ia dikunci sebaik ia ditinggalkan. Letakkan di tempat yg mudah dilihat pada waktu malam.
  • Rantai atau kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motorsikal dicuri.
  • Pasangkan alat penggera kecurian motorsikal dan ukir nombor pendaftaran motorsikal pada bahagian yg jelas dilihat.

Thursday, July 8, 2010

Rabu - 14 Julai 2010

Pasang Alat Keselamatan Dalam Kenderaan

Lazimnya, kecurian kenderaan sering berlaku di tempat letak kereta awam, kompleks membeli belah, di hadapan rumah ataupun di tepi jalan raya. Faktor yg menyebabkannya berlaku ialah kecuaian pemilik sendiri termasuk lupa mengunci kenderaan.

Selain itu, tiada kunci tambahan juga memudahkan pencuri melakukan aktiviti jenayah. Justeru, pemasangan kunci tambahan untuk stereng, gear dan roda boleh melengahkan usaha pencuri menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Perbuatan meletakkan kenderaan di tempat yg terpencil atau gelap pada waktu malam juga perlu dielakkan dan juga elakkan meninggalkan barang berharga seperti laptop dan kamera di dalam kenderaan. Jika terpaksa berbuat demikian, tanggalkan bateri peralatan itu dan sorokkan dari pandangan luar.

Pemasangan alat penggera yg baik juga mampu mengelakkan kenderaan daripada dicuri. Pastikan anda berhati2 supaya kunci kereta tidak disalin semasa kereta diservis. Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta. Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta adalah salah 1 kaedah untuk mengesan kenderaan yg dicuri.

Monday, June 28, 2010

Rabu - 7 Julai 2010

Bantuan Kecemasan Kepada Wanita Hamil yg Kemalangan
  • Keluarkan mangsa dari dalam kereta dan terus tempatkan mereka di tempat yg selesa dan lapang. Posisikan mangsa dalam keadaan bersandar dan cuba elakkan daripada dikerumuni orang ramai kerana ini akan menambahkan tekanan kepada mangsa dan bayi.
  • Periksa jika terdapat buku rekod kesihatan kandungan mangsa bagi mengenalpasti usia kandungan mangsa bertujuan menyenangkan proses bantuan kecemasan yg seterusnya.
  • Tenangkan mangsa dan periksa anggota tubuh badan mangsa yg mengalami kecederaan serius dan ringan. Utamakan pada anggota badan mangsa yg mengalami kecederaan serius dan berikan rawatan segera. Pegang perut mangsa perlahan2 untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan stabil.
  • Jika mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, keluarkan mangsa dan periksa denyutan nadi, jantung dan pernafasan mangsa bagi memastikan mangsa masih lagi bernyawa. Pastikan mangsa berada dalam keadaan stabil sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Rabu - 30 Jun 2010

Nasihat Kepada Wanita Hamil yang Ingin Memandu
Setiap wanita mengandung yg memandu dinasihatkan agar sentiasa membawa bersama buku rekod laporan kesihatan kandungan bagi tujuan rujukan jika berlakunya kejadian yg tidak diingini. Adalah lebih baik jika meminta bantuan suami, jiran terdekat atau teman rapat unutk membawa ke mana2.

Kurangkan aktiviti memandu melainkan dengan tujuan tertentu seperti memandu ke tempat kerja, mengmmbil anak2 pulang dari sekolah ataupun keluar membeli barangan keperluan harian. Pilihlah masa yg sesuai untuk keluar memandu bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yg boleh mengakibatkan kekejangan pada otot kaki yg boleh mengundang risiko kemalangan.

Monday, April 26, 2010

Rabu - 28 April 2010

Cara Mengelak Dari Membeli Kenderaan Potong Sambung




  1. Apabila anda membeli sebuah kenderaan terpakai, pastikan nombor casisnya tidak diganggu.
  2. Pastikan kenderaan anda diperiksa oleh PUSPAKOM.
  3. Pastikan penjual menyelesaikan masalah pendaftaran dan pelesenan terlebih dahulu.
  4. Pastikan kenderaan bebas daripada senarai hitam.
  5. Pastikan butir2 di dalam kad pendaftaran kenderaan sama dengan kenderaan yang hendak dibeli.
  6. Pastikan anda menyemak data Kenderaan di JPJ.

Tuesday, February 16, 2010

Rabu - 17 Februari 2010

Panduan Mengelak Menjadi Mangsa Jenayah Ragut


  • Elakkan diri daripada berjalan kaki atau menunggang motorsikal seorang diri di kawasan yang sunyi terutamanya pada waktu malam.
  • Jika terpaksa berbuat demikian, ikutlah arah laluan yang bertentangan supaya anda dapat melihat kenderaan yang berada di hadapan dan boleh bertindak awal jika merasakan ada sesuatu yang mencurigakan.
  • Pakai pakaian yang sesuai agar mudah bertindak jika menjadi mangsa ragut. Contohnya pakai pakaian yg mudah untuk bergerak pantas seperti berlari untuk meminta bantuan.
  • Jika anda membonceng motorsikal, elakkan menggalas beg tangan di bahu. Sebaiknya letakkan beg tersebut di tengah2 antara anda dan penunggang dan lindungi dengan tangan anda.
  • Apabila menunggang motorsikal, letakkan beg tangan anda di dalam raga dan tutupinya dengan barang2 lain atau setidak2nya menggunakan baju hujan atau baju panas.

Tuesday, January 19, 2010

Rabu - 10 Februari 2010

Langkah2 Lindungi Anak Dari Bahaya
10.45 pagi
  • Majoriti pelajar menggunakan pengangkutan bas sekolah mahu pun bas awam. Jangan biarkan anak berseorangan di perhentian bas, sebaliknya ia perlu ditemani oleh orang dewasa terutama ibu bapa. Pastikan mereka menunggu di kawasan selamat dan tidak terlalu ke tengah jalan raya. Selain itu, jika mempunyai pilihan, pilihlah tempat menunggu yang tidak terlalu sunyi dan mudah dilihat oleh orang awam. Jangan sesekali mendedahkan diri para pelajar dengan risiko yang jelas.
  • Ketika berada di dalam bas, nasihatkan anak agar tidak berdiri di tepi tangga bas. Ini boleh mengundang bahaya dan dibimbangi anak akan terjatuh terutama jika bas itu tidak menutup pintu atau berhenti secara mengejut. Duduklah di kerusi yang tersedia di dalam bas. Keadaan sebegitu bukan sahaja selesa bahkan lebih terjamin keselamatan.
  • Bagi para pelajar yang baru turun dari bas, seelok2nya tunggu terlebih dahulu sebelum melintas. Elakkan daripada melintas di hadapan mahupun di belakang bas kerana pelbagai kemungkinan boleh terjadi. Tunggu sehingga bas beredar sebelum melihat kanan dan kiri. Jika sudah benar2 selamat, barulah melintas.
  • Segelintir pelajar selesa menunggang basikal. Pastikan mereka mengikut lorong yang disediakan dan menunggang dengan cermat. Usah bergurau senda dengan mengacah2 atau menolak satu sama lain. Gurauan sebegini dia atas jalan raya hanya akan menjejaskan tumpuan. Gunalah topi keledar dan juga pad siku serta lutut kerana ia dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan.
  • Bagi yang tinggal di kawasan tidak jauh dari sekolah, berjalan kaki adalah pilihan bijak. Namun, keselamatan tetap harus dititikberatkan meskipun jaraknya tidak berapa jauh. Gunakan lorong pejalan kaki yang telah disediakan. Jangan sesekali berjalan di atas jalan raya kerana risiko akan dirempuh oleh kenderaan lain adalah amat tinggi. Jika tiada lorong pejalan kaki dan terpaksa berjalan di atas jalan raya, jalanlah melawan arus kenderaan. Berhati2 dan jalanlah setepi yang boleh.
  • Ketika balik sekolah pula, pastikan pelajar berada di dalam kawasan sekolah sehingga bas ata ibu bapa mereka tiba. Jangan berlegar2 di luar kawasan sekolah kerana ia hanya akan menarik perhatian penjenayah. Ibu bapa yang menjemput anak pulang sekolah pula tidak digalakkan melambat2kan masa. Jika mampu, jemputlah anak tepat pada masanya agar tiada masalah timbul.
  • Ibu bapa juga harus mendidik anak2 agar tidak melayan apatah lagi mengikut individu yang tidak dikenali. Pesan kepada mereka agar tidak termakan dengan pujukan atau pun umpanan daripada penjenayah yang berniat jahat. Ajar anak2 tentang teknik untuk menolak pelawaan sekaligus melarikan diri. Minta juga mereka agar melaporkan kepada pengawal keselamatan atau guru jika terlihat mereka yang mencurigakan.

Rabu - 3 Februari 2010

Tips Elak Bahaya
  • Sentiasa Berhati2 - Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling tidak kira di mana jua berada termasuklah di jalan raya, di rumah atau beriadah. Sentiasa ambil langkah berjaga2 serta selalu beringat.
  • Hubungi Pihak Berkuasa - Apabila anda terlibat dalam situasi yang berbahaya dan mengancam nyawa, langkah terbaik adalah menghubungi pihak berkuasa secepat mungkin. Selain itu, jangan lupa simpan nombor telefon pihak bomba, polis dan sebagainya dalam buku telefon di telefon bimbit anda.
  • Lindungi Anak2 - Anak2 kecil terutamanya di bawah usia 12 tahun haruslah sentiasa diawasi oleh kedua ibu bapa. Mereka perlu sentiasa dilindungi kerana kanak2 sememangnya tidak mampu membezakan antara baik dan buruk sesuatu keadaan.
  • Didikan Ibu Bapa - Ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak2 tentang keselamatan diri. Anak2 perlu dijelaskan dengan situasi bahaya dan apa yang sepatutnya mereka lakukan apabila berada dalam situasi tersebut.
  • Ikuti Perkembangan Anak2 - Sebagai ibu bapa, anda bertanggunjawab untuk mengetahui perkembangan anak2 termasuklah dari segi keselamatan dirinya sama ada berada di rumah atau sekolah. Sentiasa ambil peduli akan perubahan pada diri anak2 seperti apabila dirinya terlibat dalam kemalangan, bawa dirinya berjumpa doktor. Manakala jika anak anda mengalami trauma, cuba bawa anak anda berjumpa pakar psikologi.