Monday, September 26, 2011

Rabu - 28 September 2011

Apa Yg Perlu Dilakukan Bila Berlaku Kemalangan
Kemalangan Kenderaan Terbabas Ke Dalam Air
  • Bertenang
  • Buka pengunci pintu
  • Beri amaran kepada penumpang lain untuk buka tali pinggang keledar dan menarik nafas sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk keluar dari kenderaan
  • Bukakan tingkap / cermin perlahan2
  • Buka pintu dan keluar dari kenderaan ke permukaan air

Monday, September 12, 2011

Rabu - 14 September 2011

Apa Perlu Dilakukan Jika...
Terperangkap Dalam Kenderaan


  • Matikan enjin
  • Buka semua pintu jika boleh
  • Keluar dari kenderaan jika boleh
  • Periksa keadaan penumpang yg terperangkap di dalam kenderaan
  • Pasang sebarang amaran lalu lintas / kon segi tiga
  • Hubungi talian 999 untuk bantuan
  • Teruskan berkomunikasi dengan penumpang yg terperangkap
  • Berikan pertolongan cemas kepada penumpang yg cedera mengikut tahap pengetahuan anda
  • Pergi ke tempat yg selamat jika situasi berbahaya kepada diri anda

Tuesday, August 9, 2011

Rabu - 28 September 2011

Apa Yg Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kemalangan Kereta Jika Tidak Terperangkap Di Dalam Kenderaan

  • Matikan suis penghidup enjin.
  • Buka semua pintu / cermin mengikut keadaan selamat.
  • Periksa keadaan penumpang.
  • Berikan pertolongan cemas kepada penumpang yg cedera mengikut tahap pengetahuan anda.
  • Keluar dari kenderaan ke tempat selamat.
  • Sila hubungi 999 untuk bantuan dan nyatakan perkara berikut - nama dan nombor telefon, lokasi kemalangan, bilangan kenderaan yg terlibat, jumlah mangsa dan kecederaannya, keadaan lalu lintas di kawasan kemalangan dan jenis kenderaan yg terlibat

Rabu - 21 September 2011

Apa Perlu dilakukan bila berlaku kemalangan
Kebakaran Kereta
  • Hentikan kenderaan anda di lorong kecemasan.
  • Matikan suis penghidup enjin.
  • Pasangkan tanda amaran lalu lintas atau segi tiga amaran lalu lintas 15 meter dari belakang kenderaan anda (jika ada).
  • Tarik penarik penutup enjin.
  • Gunakan alat pemadam api dan padamkan kebakaran melalui jeriji radiator atau pada celah bukaan penutup enjin.
  • Jika kebakaran telah dipadamkan, buka penutup enjin dan bersedia dengan alat pemadam api kerana dikhuatiri kebakaran hidup semula.
  • Tanggalkan terminal bateri.
  • Minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, dengan menghubungi 999.

Rabu - 14 September 2011

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang


Jika bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemandu kenderaan bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar yg ada digunakan sepenuhnya. Jika gagal, tindakan undang2 akan dikenakan terhadap pemandu terbabit.

Penumpang belakang yg tidak memakai tali pinggang keledar boleh mengundang bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pada kelajuan 50kmsj, penumpang belakang seberat 60kg boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.

Rabu - 7 September 2011

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang


Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan2 berikut :

  1. kenderaan yg didaftarkan sebelum 1 Januari 1995
  2. kenderaan yg didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points
  3. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa
  4. kenderaan penumpang yg mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu
  5. kenderaan barangan yg mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan.

Bagi kenderaan yg didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun utk berbuat demikian. Tempoh 3 tahun bermula dari 1 Januari 2009.

Rabu - 31 Ogos 2011

Cara2 Mengesan Kerosakan Dalam Sistem Brek Sebelum Memandu
  • Tekanan yg sedikit pada pedal menghasilkan tekanan yg tinggi pada sistem paip. Cat kenderaan akan mengelupas kerana bendalir brek yg digunakan dan ini juga menunjukkan kebocoran sistem paip.
  • Salah satu unit yg membantu mengurangkan tekanan pedal brek adalah servo. Pedal brek hendaklah ditekan sebelum enjin dihidupkan demi memastikan servo berada dalam keadaan baik. Anda akan merasa keras sewaktu menekan pedal brek tersebut. Hidupkan enjin dan jika brek turun dengan perlahan2, ini bermakna sistem vakum di dalam servo berfungsi dengan baik. Jika sebaliknya, berkemungkinan paip vakum tersumbat atau servo bermasalah.
  • Panel amaran hendaklah selalu diperhatikan, jika terdapat tanda amaran ABS atau tanda "P" atau tanda (!) utk sistem brek anda, ini bermakna anda perlu berjaga2 dlm memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.

Monday, August 8, 2011

Rabu - 24 Ogos 2011

Mengapa Penghawa Dingin Kenderaan Cepat Kotor?

Komponen penyejukan pada sistem penghawa dingin kenderaan dipasang berhampiran dengan alas lantai kereta dan ruang dalaman kenderaan lebih kecil berbanding ruang di pejabat atau di rumah, menyebabkan aliran udara menjadi lebih terhad.

Keadaan ini menyebabkan debu, habuk serta kotoran ringan dari pelapik kaki dan tempat duduk akan disedut masuk terus ke gelung penyejukan (cooling coil) melalui kipas (blower motor).

Rabu - 17 Ogos 2011

Bagaimana Penghawa Dingin Kenderaan Boleh Kotor?

Ketika udara kotor dan berhabuk melalui celah2 gelung penyejukan, kotoran terbabit akan terlekat pada permukaan dinding serta liang gelung penyejuk berdasarkan pada permukaan gelung berkenaan yg berada dalam keadaan lembap disebabkan aktiviti gas penghawa dingin di dalamnya.

Kotoran ini lama-kelamaan menyebabkan hakisan kepada komponen terbabit dan menjadi punca kebocoran gas pada sistem penghawa dingin dalam kenderaan.

Penyelenggaraan sistem penghawa dingin secara berjadual sangat penting dalam memastikan keselesaan perjalanan yg lebih selamat dan menyihatkan.

Rabu - 10 Ogos 2011

Penghawa Dingin Kenderaan Kotor Undang Penyakit


Penghawa dingin kenderaan juga perlu diselenggara mengikut jadual berdasarkan spesifikasi kenderaan yg telah ditetapkan oleh pengilang seperti yg dilakukan pada enjin dan komponen kenderaan yg lain.

Ini untuk memastikan keselesaan dan kesihatan penumpang dan menjamin kesempurnaannya beroperasi dengan baik dan lancar tanpa mendatangkan sebarang masalah kepada pemilik kenderaan.

Penghawa dingin yg kotor akan menghasilkan habuk serta bakteria tidak sihat dan keadaan ini akan mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan pemandu dan penumpang terutamanya golongan yg menghidap penyakit asma serta kanak2 dan warga tua.

Ia juga boleh menyebabkan kerengsangan pada kulit. Berada terlalu lama di dalam kenderaan yg kotor disebabkan penyebaran habuk melalui sistem penghawa dingin mengundang penyakit seperti selsema terutamanya di kalangan pesakit resdung.

Tuesday, July 19, 2011

Rabu - 3 Ogos 2011

Panduan Mengelak Kehadiran Toksin Dalam Makanan

  • Gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur-sayuran.
  • Jangan sesekali memakan makanan berkulat
  • Elakkan daripada menggunakan telur retak yg berkemungkinan mengandungi bakteria salmonella. Bagaimanapun, telur yg sempurna juga berkemungkinan mengandungi salmonella
  • Mengasingkan makanan yg telah dimasak dengan makanan yg belum dimasak atau mentah. Ini keranan makanan yg telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum dimasak
  • Makan makanan yg dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mduah mencemarinya
  • Simpan makanan yg telah dimasak dengan cermat pada keadaan yg sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin
  • Panaskan semula makanan dengan teliti

Monday, July 18, 2011

Rabu - 27 Julai 2011

Panduan Untuk Mengelak Kehadiran Toksin Dalam Makanan

Kes keracunan makanan dilaporkan berpunca daripada kehadiran toksin dalam makanan. Keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan yang tercemar. Tanda2nya termasuklah rasa mual, muntah, cirit-birit, pening2 serta gangguan perut. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kekurangan air dalam badan dan apabila terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara;
  • Peti sejuk mestilah kurang daripada 4­°C atau 0°C untuk peti dingin beku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yg disimpan mestilah dalam bekas yg ditutup atau dibungkus.
  • Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikanmakanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
  • Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.

Tips berikutnya akan dapat anda ikuti minggu hadapan.

Tuesday, May 31, 2011

Rabu - 29 Jun 2011

Patuhi Keselamatan di Stesen Minyak



  • Dilarang merokok - boleh menyebabkan kebakaran. Anda akan didenda Rm5,000 atau penjara 2 tahun atas kesalahan merokok.
  • Matikan enjin kenderaan - 3 gabungan dari pergerakan enjin, elektrik kenderaan serta wap minyak di stesen, adalah salah 1 punca kebakaran. Berwaspada semasa berada di stesen minyak, matikan enjin dan kuncikan kenderaan anda. Ini adalah langkah keselamatan untuk mengelakkan kenderaan anda daripada dicuri.
  • Matikan telefon bimbit - Kajian pakar menunjukkan bahawa penggunaan telefon bimbit di stesen minyak adalah salah 1 punca tercetusnya kebakaran. Walaupun tiada kesahihan dari pihak pakar, bahaya tercetusnya kebakaran masih ada. Berwaspada dan jangan menggunakan telefon bimbit semasa di stesen minyak.

Rabu - 22 Jun 2011

Kenali Penipuan "Scam"Scam ialah penipuan yg dilakukan oleh mereka yg suka menyorokkan identiti mereka. Formula mengelak penipuan "Scam" ialah "NO SCAM".

N = Name (Nama)
Pastikan anda ketahui nama sebenar dan maklumat peribadi siapakah yg mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O = Over Promise (Janji yg berlebihan)
Pelaburan atau peluang yg menjana pendapatan yg diberikan adakah ianya over promising atau janji yg berlebihan dan tak masuk akal, kebanyakan scam akan menipu mangsa dengan membuat janji2 manis berlebihan.

S = Search (Cari)
Anda perlu membuat carian. Cara mudah ialah menggunakan enjin carian di dalam internet seperti Google.com. dan lakukan carian dgn cara menaip nama pemilik program tersebut.

C = Contact (Hubungi)
Pastikan maklumat lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara menghubungi dan lain2. Jika ada, cuba hubungi terus untuk memastikan kewujudannya.

A = Ask (Tanya)
Tanya orang ramai, kenalan dan pakar2 industri. Jangan hanya tanya kenalan yg mempromosikan sesuatu program tersebut kerana mungkin mereka juga tertipu dengan scam. Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program.

M = Make Sure (Pastikan)
Pastikan anda melakukan kesemua yg telah dinyatakan tadi, ulang kembali langkah NO SCAM sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda.

Monday, May 16, 2011

Rabu - 15 Jun 2011

Petua Keselamatan Anak

  • Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan alat ini.
  • Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan dan boleh juga mengakibatkan kebakaran.
  • Jangan tinggalkan anak berdekatan dengan air walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.
  • Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak2 mengenai tempat berkumpul di luar rumah jika berlaku kebakaran.
  • Simpan semua ubat dalam kabinet yg berkunci. Jangan tinggalkan ubat2an di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah "gula2". Jangan makan ubat di hadapan anak.

Rabu - 8 Jun 2011

Petua Keselamatan Anak

  • Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.
  • Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda daripada memasukkan jarinya atau benda lain ke dalamnya.
  • Lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan tergelincir dan terjatuh.
  • Simpan peti bantuan kecemasan yg lengkap di rumah dan pastikan setiap orang dewasa dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.

Rabu - 1 Jun 2011

Petua Keselamatan Anak
  • Jangan sekali2 tinggalkan bayi atau kanak2 bersendirian atau terkunci di dalam bilik.
  • Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan bahan kimia lain yg berbahaya di tempat yg selamat dan tidak boleh dicapai kanak2 atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan ini dalam bekas lain kerana kanak2 mungkin terkeliru dan menyangka ia makanan atau minuman.
  • Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yg tidak boleh dicapai kanak2.
  • Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri & sebagainya), jangan benarkan kanak2 berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perli disimpan di tempat yg selamat.

Tuesday, April 26, 2011

Rabu - 25 Mei 2011

Cara2 untuk mengetahui kerosakan dalam sistem brek


Untuk mengesan kerosakan dalam sistem brek sebelum memandu, pastikan ;
  • Takungan silinder utama hendaklah diperiksa untuk memastikan tahap bendalir dalam takungan maksimum atau minimum yg terdapat di takungan tersebut. Jika bendalir di bawah tahap minimum, berkemungkinan kehausan brek pad atau brek shoes menipis.
  • Jika tahap bendalir di dalam takungan silinder utama di bawah tahap minimum, periksa pedal brek untuk kebasahan. Jika terdapat kebasahan, ini bermakna silinder utama telah bocor.
  • Kebocoran yg kerap berlaku ialah wheel cylinder yg terdapat pada keempat2 tayar haruslah diperiksa serta memastikan jika ada kebasahan pd rim tayar.

Rabu - 18 Mei 2011

Tip Memandu Ketika Hujan

Teknik untuk mengeringkan brek dan mengujinya selepas dibasahi air ;
  • Gunakan gear 1 dan 2 bagi kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem automatik.
  • Tekan pedal brek serentak dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek.
  • Hadkan kelajuan antara 5 hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan. Proses ini akan mengeringkan permukaan brek.
  • Uji sistem brek pada kelajuan 20 kmj. Lakukan berulang kali pada jarak 20 hingga 30 meter.
  • Jika brek gagal berfungsi, ulangi kembali proses yg telah dinyatakan tadi. Selepas itu, uji lagi sistem brek sehingga prestasinya memuaskan sebelum memandu laju.

Rabu - 11 Mei 2011

Tips Memandu Ketika Hujan
  • Beri laluan kepada kenderaan berat dan anggarkan ketinggian air yg dilalui dengan melihat had tinggi tayar.
  • Sekiranya paras air di bawah satu kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memandu secara perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi enjin khususnya bahagian sistem penyalaan.
  • Elakkan memandu laju kerana ia boleh menyebabkan bahagian enjin dibasahi air dan mengenai pengguna jalanraya yg lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki.
  • Selepas meredah jalan dianiki air, elakkan terus memandu laju kerana sistem brek tidak berfungsi sepenuhnya berikutan permukaan brek yg basah.

Rabu - 4 Mei 2011

Tips Memandu Ketika Hujan
  • Pastikan tiada kebocoran pada bahagian bawah kenderaan.
  • Semua pintu mempunyai dakapan getah (seal) yg baik.
  • Pastikan tiada kebocoran pd bahagian enjin, kotak gear, galas dan bearing kerana air boleh memasuki bahagian yg bcor akibat tekanan arus tinggi & ketka meredah jln yg dinaiki air.
  • Pastikan sistem klac, brek & brek tangan di dalam keadaan baik.
  • Pastika bunga tayar yg baik untuk cengkaman sepenuhnya.
  • Pengelap (wiper), hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah berfungsi dengan baik.

Tuesday, April 5, 2011

Rabu - 27 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet

  • Jangan sesekali berikan kata laluan anda. Jika anda telah berikan, tukarkannya dengan segera.
  • Gunakan gabungan huruf, nombor dan simbol sebagai kata laluan
  • Bank atau laman web TIDAK SEKALI-KALI menghantar dan meminta pengesahan butiran log masuk melalui emel atau mesej yg lain.
  • Libatkan ibu bapa yg tidak menegetahui tentang internet
  • Tunjukkan mereka cara untuk membuka dan menggunakan akaun emel dan bagaimana ia berfungsi
  • Lakukan carian mengenai hobi mereka dengan menggunakan Google.

Rabu - 20 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet

  • Fikir dahulu sebelum menghantar nombor telefon mudah alih kepada rakan bual di dalam talian.
  • Minta kebenaran daripada rakan2 anda sebelum anda menghantar gambar mereka
  • Hanya berikan nombor telefon mudah alih anda kepada orang yg anda kenali dan percaya.
  • Jangan jawab mesej teks daripada orang yg tidak anda kenali. Abaikan mereka atau lebih baik lagi, padamkan sahaja mesej tersebut.

Rabu - 13 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet



  • Sewaktu sedang berbual dengan seseorang yg tidak dikenali dalam talian, sentiasa pastikan maklumat peribadi anda dirahsiakan.
  • Jangan berbual mengenai sesuatu yg membuat anda berasa tidak selesa
  • Jangan menyamar menjadi orang yg lain
  • Sentiasa memberitahu ibu bapa atau guru jika ada yg bertanya mengenai maklumat peribadi anda.

Rabu - 6 April 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet
  • Memuat turun muzik yg dilindungi hak milik tanpa membayarnya adalah menyalahi undang2.
  • Gunakan laman web yg biasa digunakan oleh rakan anda atau nama yg biasa dikenali
  • Gunakan mekanisme pembayaran yg selamat. Cari kunci mangga di bahagian bawah laman web.
  • Gunakan kad kredit, ia biasanya dilindungi daripada penipuan.
  • Fikir sebelum anda membuka emel. Adakah saya mengenali orang ini?
  • Adakah tajuk (subject) ini masuk akal? Jika tidak, jangan buka.
  • Halakan tetikus pada pautan untuk melihat alamat laman web (URL). Jika URL tersebut berbeza daripada jangkaan anda, jangan klik padanya.
  • Laporkan spam dan virus kepada MyCERT, ISP. orang dewasa atau polis.
  • Ingat, anda TIDAK wajib membuka emel. Jika ianya penting dan anda memadamnya, orang tersebut akan menghubungi anda semula.

Tuesday, February 22, 2011

Rabu - 23 Februari 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet
Bertindak dengan bijak, jangan tertipu

Terdapat pengguna internet yg sentiasa mencari peluang untuk menganiaya orang lain terutama remaja dan kanak2. Kebiasaannya mereka akan menghantar emel atau mesej secara rawak dan mengharapkan seseorang akan membalas emel atau mesej tersebut. Oleh itu, jgn sesekali..

  • memberikan nama, alamat, nombor telefon, nama sekolah atau kata laluan
  • bertemu dgn orang yg tidak anda kenali semasa anda berbual di internet tidak kira apa yg mereka katakan
  • membuka emel atau lampiran daripada orang yg anda tidak kenali, mempercayai gambar dan mesej yg anda terima daripada org yg tidak dikenali
  • menyembunyikan sesuatu daripada ibu bapa, guru atau penjaga anda jika seseorang atau mesej yg dihantar menjadikan anda berasa tidak selesa.

Tuesday, February 8, 2011

Rabu - 9 Februari 2011

Panduan Keselamatan Untuk Pengguna Internet


  • LOL (laughing out loud) - Penggunaan gaya bahasa dan cara penggunaannya akan menimbulkan minat untuk terus melayari internet, tapi gunakanlah dengan bijak dan berhemah.
  • TTYL (talk to you later) - Jangan hantar atau taip mesej selain daripada mesej yg dihantar.
  • BTW (by the way) - Dengan menggunakan filtering software, anda boleh menghalang kandungan yg tidak berfaedah dan langkah terbaik adalah dengan mengenali rakan bual anda. Jangan sesekali bertukar2 maklumat peribadi dan gambar anda di internet.
  • GTG (got to go) - Sama ada anda sedang berbual, belajar dan ketawa, anda perlu sentiasa ingat amalan terbaik semasa melayari internet supaya anda tidak digodam, mendapat virus atau menjadi mangsa pencuri identiti.
  • Anda perlu mengabaikan mesej daripada orang yg tidak dikenali, bertanya tentang kata laluan dan maklumat peribadi, melihat laman web lucah yg muncul secara tiba2 dan menerima emel remeh (SPAM) seperti peraduan palsu dan emel hadiah percuma.

Sunday, January 23, 2011

Rabu - 2 Februari 2011

Tips Elak Diri Jadi Mangsa Gangguan Seksual

  1. Jangan berpakaian seksi
  2. Pergaulan yg tiada batasan
  3. Hormati diri anda
  4. Had dalam bergurau
  5. Elak mengeluarkan sebarang perkataan lucah

Monday, January 17, 2011

Rabu - 26 Januari 2011

Pemanduan Ketika Cuaca Panas Terik

  • Dalam cuaca panas, tekanan angin tayar kenderaan perlu diambil perhatian. Pastikan tekanan anginnya seperti disyorkan. Penjajaran dan timbangan tayar perlu diambil kira untuk mengelakkan masalah pengendalikan dan penggunaan bahan bakar.
  • Periksa sistem pendawaian dan bateri kenderaan. Cuaca yang panas turut menyebabkan air bateri mudah kering akibat kepanasan enjin dan cuaca di luar.

Rabu - 19 Januari 2011

Pemanduan Ketika Cuaca Panas Terik

  • LEtakkan kenderaan anda di tempat teduh. Jika tiada pilihan, buka sedikit ruang pada cermin kenderaan anda untuk mengelakkan kepanasan melampau dalam kenderaan.
  • Bagi pengguna yg memandu dalam cuaca panas, banyakkan mengambil minuman dan buah2an supaya terhindar daripada masalah kekurangan air di dalam tubuh.
  • Periksa kenderaan anda lebih kerap supaya sistemnya berfungsi dengan baik. Ia menjamin kenderaan lebih efisien dan mencegah kerosakan lebih teruk jika berlaku sebarang masalah.
  • Periksa sistem pendingin udara kenderaan adakah berfungsi dengan normal atau berhadapan dengan masalah. Jika perlu, bawalah kenderaan ke pusat servis pendingin kenderaan untuk penyelenggaraan.
  • Periksa sistem minyak kenderaan seperti minyak enjin, minyak gear dan minyak stering kuasa. Gantikan mengikut jadual penyelenggaraan.