Monday, September 26, 2011

Rabu - 28 September 2011

Apa Yg Perlu Dilakukan Bila Berlaku Kemalangan
Kemalangan Kenderaan Terbabas Ke Dalam Air
  • Bertenang
  • Buka pengunci pintu
  • Beri amaran kepada penumpang lain untuk buka tali pinggang keledar dan menarik nafas sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk keluar dari kenderaan
  • Bukakan tingkap / cermin perlahan2
  • Buka pintu dan keluar dari kenderaan ke permukaan air

Monday, September 12, 2011

Rabu - 14 September 2011

Apa Perlu Dilakukan Jika...
Terperangkap Dalam Kenderaan


  • Matikan enjin
  • Buka semua pintu jika boleh
  • Keluar dari kenderaan jika boleh
  • Periksa keadaan penumpang yg terperangkap di dalam kenderaan
  • Pasang sebarang amaran lalu lintas / kon segi tiga
  • Hubungi talian 999 untuk bantuan
  • Teruskan berkomunikasi dengan penumpang yg terperangkap
  • Berikan pertolongan cemas kepada penumpang yg cedera mengikut tahap pengetahuan anda
  • Pergi ke tempat yg selamat jika situasi berbahaya kepada diri anda

Tuesday, August 9, 2011

Rabu - 28 September 2011

Apa Yg Perlu Dilakukan Apabila Berlaku Kemalangan Kereta Jika Tidak Terperangkap Di Dalam Kenderaan

  • Matikan suis penghidup enjin.
  • Buka semua pintu / cermin mengikut keadaan selamat.
  • Periksa keadaan penumpang.
  • Berikan pertolongan cemas kepada penumpang yg cedera mengikut tahap pengetahuan anda.
  • Keluar dari kenderaan ke tempat selamat.
  • Sila hubungi 999 untuk bantuan dan nyatakan perkara berikut - nama dan nombor telefon, lokasi kemalangan, bilangan kenderaan yg terlibat, jumlah mangsa dan kecederaannya, keadaan lalu lintas di kawasan kemalangan dan jenis kenderaan yg terlibat

Rabu - 21 September 2011

Apa Perlu dilakukan bila berlaku kemalangan
Kebakaran Kereta
  • Hentikan kenderaan anda di lorong kecemasan.
  • Matikan suis penghidup enjin.
  • Pasangkan tanda amaran lalu lintas atau segi tiga amaran lalu lintas 15 meter dari belakang kenderaan anda (jika ada).
  • Tarik penarik penutup enjin.
  • Gunakan alat pemadam api dan padamkan kebakaran melalui jeriji radiator atau pada celah bukaan penutup enjin.
  • Jika kebakaran telah dipadamkan, buka penutup enjin dan bersedia dengan alat pemadam api kerana dikhuatiri kebakaran hidup semula.
  • Tanggalkan terminal bateri.
  • Minta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, dengan menghubungi 999.

Rabu - 14 September 2011

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang


Jika bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemandu kenderaan bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar yg ada digunakan sepenuhnya. Jika gagal, tindakan undang2 akan dikenakan terhadap pemandu terbabit.

Penumpang belakang yg tidak memakai tali pinggang keledar boleh mengundang bahaya kepada pemandu dan penumpang di hadapan. Pada kelajuan 50kmsj, penumpang belakang seberat 60kg boleh menghentam tempat duduk hadapan dengan kesan impak sebanyak 2.4 tan.

Rabu - 7 September 2011

Pemakaian Tali Pinggang Keledar Tempat Duduk Belakang


Bermula 1 Januari 2009, peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang telah dikuatkuasakan ke atas semua jenis kenderaan kecuali kenderaan2 berikut :

  1. kenderaan yg didaftarkan sebelum 1 Januari 1995
  2. kenderaan yg didaftarkan selepas 1 Januari 1995, tetapi tidak dilengkapi dengan anchorage points
  3. kenderaan komersil termasuk teksi dan kereta sewa
  4. kenderaan penumpang yg mempunyai lebih dari 8 tempat duduk tidak termasuk tempat duduk pemandu
  5. kenderaan barangan yg mempunyai had muatan barangan melebihi 3.5 tan.

Bagi kenderaan yg didaftarkan selepas 1 Januari 1995 dan mempunyai anchorage points, tetapi tidak dipasang tali pinggang keledar tempat duduk belakang, pemilik kenderaan tersebut diberi tempoh selama 3 tahun utk berbuat demikian. Tempoh 3 tahun bermula dari 1 Januari 2009.

Rabu - 31 Ogos 2011

Cara2 Mengesan Kerosakan Dalam Sistem Brek Sebelum Memandu
  • Tekanan yg sedikit pada pedal menghasilkan tekanan yg tinggi pada sistem paip. Cat kenderaan akan mengelupas kerana bendalir brek yg digunakan dan ini juga menunjukkan kebocoran sistem paip.
  • Salah satu unit yg membantu mengurangkan tekanan pedal brek adalah servo. Pedal brek hendaklah ditekan sebelum enjin dihidupkan demi memastikan servo berada dalam keadaan baik. Anda akan merasa keras sewaktu menekan pedal brek tersebut. Hidupkan enjin dan jika brek turun dengan perlahan2, ini bermakna sistem vakum di dalam servo berfungsi dengan baik. Jika sebaliknya, berkemungkinan paip vakum tersumbat atau servo bermasalah.
  • Panel amaran hendaklah selalu diperhatikan, jika terdapat tanda amaran ABS atau tanda "P" atau tanda (!) utk sistem brek anda, ini bermakna anda perlu berjaga2 dlm memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.