Thursday, October 22, 2009

Rabu - 18 November 2009

Panduan Menjaga Basikal
  • Rantai basikal perlu selalui diminyak. Tidak perlu menggunakan minyak yang mahal, jenis WD4D, RP7 atau minyak mesin jahit sudah memadai. Ini penting untuk pelinciran terutama di bahagian mekanikal supaya ia mudah bergerak.
  • Semua kabel basikal sebaiknya direndam di dalam minyak hitam. Caranya, tanggalkan kabel dan rendam semalaman, jemur sehari supaya minyak menitis dan pasangkan kembali. Ia penting sebagai pelincir kabel.
  • Gunakan spanar atau peralatan sesuai dengan ukuran betul untuk membuka atau mengetatkan bolt dan nat bagi mengelakkan ia cepat rosak.
  • Pastikan basikal anda sentiasa dibersihkan selepas digunakan terutama di bahagian brek untuk mengelakkannya daripada berbunyi dan kurang cengkaman.
  • Periksa tekanan angin tayar bagi memeastikan keselamatan terjamin. Bagaimanapun, tekanan bergantung kepada jenis tayar. Periksa had tekanan pada tayar anda sebelum mengisi angin.
  • Tayar yang botak akan menyebabkan penunggang tergelincir apabila melalui jalan basah kerana kurang cengkaman.
  • Pastikan pelana duduk selaras dengan pemegang (handle) dan ketinggian penunggang supaya anda tidak mengalami masalah sakit pinggang ketika menunggang. Pelana yang terlalu tinggi akan menyebabkan penunggang terhumban ke hadapan jika anda berhenti mengejut.

Rabu - 11 November 2009

Tips Penjagaan Kereta
  • Panaskan enjin selama 10 minit sebelum memulakan perjalanan.
  • Biasakan diri mendengar bunyi enjin. Ia melatih anda mengesan bunyi ganjil pada enjin dan ia membantu mengesan masalah pada bahagian itu.
  • Setiap minggu luangkan masa memeriksa bahagian keselamatan kenderaan seperti sistem brek dan menguji pelapik brek supaya tidak haus.
  • Anda juga boleh memeriksa sistem penyaman udara serta cecair pada enjin kenderaan seperti minyak pelincir, air radiator, minyak brek dan pencuci cermin.
  • Untuk memastikan cat kenderaan tidak pudar, luangkan sedikit masa membasuh atau menghantarnya untuk dicuci serta dikilatkan supaya cat kenderaan tidak dimakan usia.
  • Setiap bulan periksa tekanan udara pada tayar anda. Ia penting bagi memastikan kenderaan dipandu stabil dengan penggunaan tekanan yang betul.
  • Tayar kekurangan tekanan kenderaan berat pada bahagian stereng atau boleh mengakibatkan kebocoran. Ia juga memberi kesan terhadap bunga tayar jika kekurangan tekanan udara.
  • Anda juga boleh menguji sistem brek dan memastikan penapis udara kenderaan supaya sentiasa bersih.

Wednesday, October 21, 2009

Rabu - 4 November 2009

Rancang Perjalanan LancarWalaupun anda tak suka, anda tetap terpaksa menghadap kesesakan lalu lintas yang panjangnya berkilometer ke pejabat setiap pagi dan petang. Anda perlu lakukan sesuatu untuk mengatasinya...
  • Jimat Kena Tempat - Oleh kerana nak sangat berjimat walaupun RM1, anda sanggup meredah lalu lintas berbanding membayar di plaza tol. Tetapi, tahukah anda penggunaan gear rendah ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas menelan lebih banyak minyak petrol? Jadi, tak berbaloi langsung jika anda sanggup meredah kesesakan kerana mahu jimatkan wang tol. Pandu sahaja ke lebuh raya bertol agar pemanduan lebih lancar tanpa memberi tekanan kepada anda.
  • Awal Pagi - Bangunlah lebih awal supaya anda dapat lari daripada kesesakan lalu lintas sebelum ia berlaku. Tak mengapa tiba awal ke pejabat dan inilah masanya untuk anda bersantai seketika seperti melayari internet atau bermain game di komputer sebelum memulakan tugasan pada waktu pejabat. Jika pintu pejabat belum dibuka, lelapkan mata seketika di dalam kereta.
  • Kenderaan - Gunakan pengangkutan awam jika ia hampir dengan tempat kerja anda. Lebih pantas dan anda tidak perlu runsing mencari tempat letak kereta yang sentiasa penuh. Amalan berkongsi kenderaan juga membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak. Lebih baik jika ada jadual giliran pemandu dan kereta.
  • Kaji Cuaca - Anda boleh melihat laporan kaji cuaca di internet dengan mudah. Jika laporan menunjukkan keesokan paginya akan hujan lebat, sediakan payung sebelum hujan dengan bergerak ke tempat kerja lebih awal daripada biasa.

Thursday, October 15, 2009

Rabu - 28 Oktober 2009

Tips Mengelakkan Kenderaan DicuriAntara faktor yang menyebabkan kenderaan dicuri adalah kadang kala pengguna lupa menguncikan kenderaan masing2, tiada kunci tambahan dan sebagainya. Pemasangan kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac boleh melengahkan usaha pencuri yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu.

Perbuatan meletakkan kereta di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam perlu dielakkan bagi menghindari kenderaan daripada dicuri. Pengguna perlu mengelakkan daripada meninggalkan barang berharga seperti laptop dan kamera di dalam kenderaan. Jika terpaksa, tanggalkan bateri peralatan itu atau sorokkan dari pandangan luar.

Pemasangan alat penggera yang baik juga mampu mengelakkan kenderaan daripada dicuri. Pastikan anda berhati2 supaya kunci kereta tidak disalin semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis atau dicuci.

Elakkan daripada menyerahkan kunci kepada jockey kereta. Pengukiran nombor pendaftaran pada cermin kereta (sandblasting) adalah salah satu kaedah untuk mengesan kenderaan yang dicuri.

Bagi motorsikal pula, pastikan ia dikunci sebaik ditinggalkan. Letakkan di tempat mudah dilihat pada waktu malam. Rantai atau kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motorsikal dicuri. Pasangkan alat penggera kecurian motorsikal dan ukir nombor pendaftaran motorsikal pada bahagian yang jelas dilihat.

Rabu - 21 Oktober 2009

Elakkan Kemalangan Jalan Raya
  • Gunakan lorong laluan dengan betul - Lorong paling kanan bukanlah tempat memandu dengan perlahan. Jika anda mahu melakukan cara ini, lakukanlah di lorong kiri. Pandulah mengikut had laju dan sentiasa lihat di belakang sama ada anda telah menghalang kereta lain bergerak dengan lancar.
  • Sedar had laju - Pemandu yang baik sentiasa berhati2 dan sedar tentang had laju dan makna setiap tanda yang terdapat di tepi2 jalan. Pemandu yang berhemah tidak sesekali mencelah sesuka hati ataupun memecut ketika permulaan atau pengakhiran isyarat lampu merah sedang menyala. Pemandu berhemah juga menurunkan lampu besarnya sebaik sahaja melihat kereta lain muncul dari arah bertentangan.
  • Gunakan lampu amaran dan isyarat - Tujuan pengeluar kenderaan meletakkan setiap lampu amaran dan lampu isyarat di kereta adalah bagi memudahkan keselamatan setiap pengguna kenderaan. Penggunaan lampu amaran dan isyarat mampu mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan sesekali bertukar lorong tanpa memberikan sebarang isyarat kerana cara ini amat berbahaya dan mampu menyebabakan kemalangan tanpa diduga.
  • Bertukar2 maklumat jika terlibat dalam kemalangan - Apabila pemandu berhemah tercalar atau terlanggar kereta lain terutamanya tanpa disedari oleh pemandu kereta itu, dia akan memberikan nota yang siap dengan nama, nombor telefon dan nama syarikat insurans kereta. Jika pada kejadian itu berlaku, tuan punya kereta itu berada di tempat kejadian, pemandu yang berhemah ini akan bertukar2 maklumat insurans dan menghubungi pihak berkuasa sebaik sahaja kejadian berlaku.
  • Gunakan setiap cermin sebaik mungkin - Terdapat sebab mengapa cermin diletakkan di depan dan di kiri kanan kereta anda. Bersikap sedar dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Cermin2 ini amat berguna apabila anda mahu bertukar lorong, memperlahankan kenderaan atau mahu membelok kenderaan. Terdapat juga sebab mengapa anda perlu menggunakan cermin. Ia dapat membantu anda daripada berpaling ke belakang secara sepenuhnya sehingga hilang tumpuan terhadap apa yang berlaku di hadapan.
  • Bertimbang rasa terhadap orang lain - Sikap hormat menghormati orang lain adalah amat penting untuk memandu dalam keadaan selamat. Pemandu yang bersopan selalunya mempertimbangkan bagaimana tindakkannya akan memberi kesan kepada orang lain yang berada di sekelilingnya.
  • Elakkan gangguan - Nasihat ini amat berguna pada mereka yang suka melakukan semua kerja dalam satu masa. Contohnya, ketika sedang memandu, masa itulah juga dia akan menggunakan telefon bimbit, membetulkan solekan muka, makan, membaca dan sebagainya. Sebaik sahaja menaiki kereta, fokuskan tujuan pandangan anda pada jalan raya.
  • Jangan menyibuk - Jika sewaktu memandu telah berlakunya satu kemalangan di jalan yang sedang anda lalui, janganlah bersikap penyibuk. Memang tak dapat dinafikan bahawa dalam diri manusia akan terdapat sikap ingin tahu terutamanya apabila melihat kereta yang remuk mahupun darah yang mengalir di jalan raya. Buangkan sikap tersebut kerana jika anda melakukanyannya, ia akan menyebabkan jalan menjadi sesak. Biarkan pihak yang berkaitan sahaja melakukannya.

Saturday, October 3, 2009

Rabu - 7 Oktober 2009

Persediaan Membawa Anak Bercuti

  • · Kenal pasti destinasi – Kenal pasti faktor yang mungkin boleh mencetuskan alahan kepada anak dan elakkan daripada menjadikan persekitaran sebegitu sebagai tempat percutian. Usahlah membawa anak anda bercuti di tempat yang ada wabak penyakit berjangkit. Daya tahan tubuhnya yang tidak sekuat orang dewasa menyebabkan dia mudah dijangkiti penyakit tersebut. Jika luar negara menjadi pilihan anda, sebaik-baiknya bawalah anak anda menjalani pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum bertolak.
  • · Aktiviti percutian – Percutian tentu hambar tanpa aktiviti2 menarik. Pastikan setiap aktiviti yang dilakukan bersesuaian dengan usia dan keupayaan anak anda. Jika melibatkan kegiatan luar, sapukan losyen dan memakaikannya topi.
  • · Berbual dengan si kecil – Jika usia anak anda melewati 5 tahun, ajaklah dia berbual secara santai sehari sebelum pergi bercuti. Jelaskan kepadanya bentuk percutian yang bakal ditempuhinya meliputi lokasi dan aktiviti sepanjang tempoh tersebut.
  • · Pakaian bersesuaian – Pastikan anda mengetahui keadaan persekitaran, suhu dan cuaca tempat yang hendak dituju selain aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang tempoh bercuti. Pakaian yang bersesuaian mampu memberikan keselesaan kepada anak selain turut melindungi kesihatan dan keselamatan tubuhnya.
  • · Beg galas – Pastikan anda telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan oleh anak terlebih dahulu seperti lampin pakai buang dan tisu basah. Masukkanlah kesemuanya ke dalam beg galas agar anda mudah membawanya ke mana2.
  • · Ubat & rekod perubatan – Pastikan semuanya berada dalam keadaan sihat sebelum pergi cuti. Jika anak anda menghidap penyakit tertentu yang perlu sentiasa bergantung pada ubat-ubatan, pastikan anda meminta nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jangan lupa membawa ubat dan rekod perubatannya bersama ketika bercuti.
  • · Tempat duduk bayi – Pastikan anda tidak memangku bayi sepanjang tempoh perjalanan. Letakkan dia di tempat duduk khas.