Tuesday, August 9, 2011

Rabu - 31 Ogos 2011

Cara2 Mengesan Kerosakan Dalam Sistem Brek Sebelum Memandu
  • Tekanan yg sedikit pada pedal menghasilkan tekanan yg tinggi pada sistem paip. Cat kenderaan akan mengelupas kerana bendalir brek yg digunakan dan ini juga menunjukkan kebocoran sistem paip.
  • Salah satu unit yg membantu mengurangkan tekanan pedal brek adalah servo. Pedal brek hendaklah ditekan sebelum enjin dihidupkan demi memastikan servo berada dalam keadaan baik. Anda akan merasa keras sewaktu menekan pedal brek tersebut. Hidupkan enjin dan jika brek turun dengan perlahan2, ini bermakna sistem vakum di dalam servo berfungsi dengan baik. Jika sebaliknya, berkemungkinan paip vakum tersumbat atau servo bermasalah.
  • Panel amaran hendaklah selalu diperhatikan, jika terdapat tanda amaran ABS atau tanda "P" atau tanda (!) utk sistem brek anda, ini bermakna anda perlu berjaga2 dlm memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.

0 comments:

Post a Comment